♥ sila - sila ♥

^^ SELAMAT DATANG ^^

untuk mengabadikan kenangan ini , blog wanyrah FC kembali dibuka ^^ , kepada pembaca baru , start baca dr PART SATU okay ! tgk sidebar utk buka LINK PART SATU , enjoy .

Saturday, September 25, 2010

politik cinta part 6

Jari semakin ligat dan rancak dalam petikan gitar si pereman cinta. Wajah itu memandang tanpa ragu. Kegalakan matanya jahat membunuhku! Aku memandangnya tajam. Rasa benci meluat dan geram menyelubungi diri ini.

“Kau kenapa ? Kertas apa lg ko nak bagi koyak?”, pantas bibirku meyusun langkah.
Wanita itu tidak pantas melatah, dia masih bisa tersenyum. Matanya jelas menampakkan bintik bintik hitam noda di balik wajah manis. Ada sedikit resah di hati Wan.
“Okay-okay. I just nak say sorry ngan u, thats all”, ligat matanya benar-benar seperti ayam sampar yang boleh membuatkan aku muntah.
“Aku rasa kan baik kau pergi. Aku tiada masa dengan semua benda ni, tak perlu minta maaf”.
‘Kurang ajr punya lelaki ! Kau ingat aku bodoh!’, gerutu wanita itu sendiri.
“Fine saya pergi lepas awak kata awak maafkan saya”, dia menutur bicara sehalus halusnya seraya meraba bahu Wan tanpa segan dan silu. Perempuan ini menggila !
“Woi ! ni dah melampau ni woi! Ko cakap nak apa sebenarnya”, Wan menampar-nampar bajunya.
“I just..”
“Kau ingat aku ni takut sangat ngan perempuan, kalau aku nak tampar sekarang aku boleh tampar ko! Behave yourself”
“Eh, ko ni apesal ha ?”
Dia Tanya aku kenapa ? Bodoh betul ! Syukur la sekarang ni Ramadhan, kalau tidak ! Aissh. Di mana orang kusut-kusut, di sana dia datang ! Aku berlalu dengan hati membara. Ingin ku capai awan, inginku biar hujan itu menitis ke dadaku tepat dihati. Memadamkan bahang-bahang api membara di jiwaku.

“Wan Iskandar, Wan Iskandar, kau ingat aku bodoh? Hahahahaha”, Wanita itu tertawa mengilai sendiri.Dirinya yang tadinya ayu bak puteri sekarang berubah menjadi nenek lampir dengan hilaian ketawa tanpa henti. Matanya terbeliak dengan jeliran lidah yang menumpahkan air liur yang bisa mematikan selera sesiapa yang melihatnya ! Jasadnya hilang dari pandangan !!!

*************************************************************

Aku semakin tersepit, dalam satu lohong yang sememangnya membutakan mata mentulikan telinga. Jiwa menyerigai, hati semakin pedih. Aku semakin tersepit, tiap kali jiwa ini , ingatan ini menerawang untuknya, jasad ini bagai terbuang jauh dalam satu demensi lain, satu demensi yang membuka kepuyuan mataku , membuang ruang-ruang yang penuh dengan debu cinta. Diri seolah berada di dalam ruang hitam dan gelap. Jiwaku di letak ditengah-tengah dan terus dihimpit remuk tanpa hati perut, patah dalam bayangan sang derita , hati menangis, namun tiada siapa di sisi. Aku meminta tolong, merayu untuk dilepas, namun naluri lelakiku menghantar aku kembali kesana untuk kekal, aku tidak bisa lepas dari hukum cinta. Aku sudah kalah. Aku terima sakit ini dalam. Sedalam-dalamnya. Pedasnya sudah sampai ke ulu-hati, otak membengkak, jiwa merintih, mata membengkak. Kasih sayang yang dulunya pernah menceriakan segenap hati kini luluh hancur dalam satu penentuan yang pasti. Kekalahan aku menuntut bela, aku dihukum kejam. Jiwa tersiksa. Air mata mengalir tanpa satu pintaan, jiwa terus diuji bagai diri ini terlalu bersalah, aku yang terbunuh tapi aku yang dihukum. Hukum cinta. Tiada siapa mengenal erti sakit yang aku rasa. Aku pernah sakit, tapi aku yakin ia tidak sesakit ini. Ini terlalu pedih. Tidak pernah sekali aku menduga aku bakal terduga, teruji, terperuk, dalam laluan kehidupan yang membuat aku semakin lemah dalam jerukan cinta yang dalam. Bila agaknya diri ini bakal bebas ? Gema takbir aidilfitri menyayat hatiku sedalamnya. Aku terlepas sebentar dari hambatan rindu masa lalu yang terlalu menyiksa. Baru kemarin aku ketawa kini aku sudah menangis. Kenapa malam ini begitu memberi kesan kepadaku? Aku semakin lemah dalam rentetan kehidupan ku sendiri. Aku semakin jatuh, aku kira aku kuat tapi ternyata aku lemah. Aku kira aku bisa tapi jelas aku tidak. Aku kira aku mampu tapi terbukti aku daif. KEDAIFAN CINTA ini membunuh aku. Aku terbunuh!

Gadis kecik kenapa jalan cerita ini serumit ini? Kenapa kita harus terpisah dalam rangkaian urat-urat kerumitan yang berselirat dalam KETULUSAN CINTA kita? Kenapa aku harus mengalirkan air mata ini? Satu demi satu persoalan meminta jawapan. Aku sekali lagi gagal. Gagal memberi satu jawapan pasti yang hakiki.

Sejauhmana sekalipun para pentafsir cinta berusaha mentafsirkan rasa-rasa sakit cinta ini, tidak mungkin dapat terurai dalam satu mashaf cinta duniawi. Mereka bukanlah seperti Ibn-Abbas yang telah didoakan Rasulullah untuk menta’wilkan Alquran, aku yakin mereka tidak mampu menta’wilkan rasa SAMPAR, MEMBUNUH dan MEREMUKKAN jiwa ini. Aku yakin hanya Tuhan yang satu mengerti erti sakit cinta sebenar, dalam segala hal Dia lebih mengerti. Ku berserah kepadanya dalam apapun keadaan di bawah teduhan iman yang tulus. Lantunan rindu menyemarakkan api cinta yang menyakitkan hati sedalamnya. Aku cuba redha, dalam 29 hari di ramadhan ini, 696 jam di ramadhan ini, 86400 saat di ramadhan ini, aku cuba menjadi SANG PASRAH. Namun selama 29 hari itu juga, aku merintih kepada YA-RABB agar memadam cinta hati ini dilubuk paling dalam, selama 696 itu juga aku bersolat istiqharah menuntut jawapan yang pasti yang mungkin bisa mengubah rasa ini, selama 86400 saat itu juga aku merintih dalam lamunan rindu yang semakin syahdu mengundang tangis paling tragis , paling pilu yang pernah ku lalui.

Aku terus lemah sayang. Maafkan aku. Aku CINTA padamu. Aku akan terus berusaha melupakanmu, usah tambah risau dihatimu. KAU MILIK DIA, aku disini, sentiasa mendoakan keharmonian cinta untukmu, SAYANG. Kalau aku terpaksa sakit merana untuk melihat kau tersenyum bahagia, aku rela !

************************************************************************

Wajah ayu milik UMIE giat merenung wajah PUTERA PUJAAN HATI nya yang kelihatan kusam dan sayu tanpa kata. Kekecamukkan jiwa mungkin melanda. Pantai yang tenang mungkin sudah dilanda lambungan ombak yang mengeJutkan hati nurani. Sedikit senyuman semanis buah mangga di rumah Emy tersimpul ikhlas tanpa sekeratpun rasa HIPOKRIT di hati.

“Awak?”, Umie tersenyum lagi.
“Maaf. Saya..”
“Awak buntuh? Fikirkan masalah Wan? Atira?”, Umie memandang dengan penuh sayu dalam proses menggegarkan jantung seorang lelaki pujaan hatinya.
“HAHA. Awak ni kan, taw, taw ja sya fikir macam tu kan ?”, Farid tersenyum mesra melihat gelagat PUTERI CINTA HATInya yang benar-benar mengisi kekosongan cintanya suatu ketika dahulu. Umie datang memberi cinta, memberi kasih, menyemai rindu untuknya. Luka lama mampu di padam, jiwa kembali bercahaya. CAHAYA CINTA !
“Mestilah saya tahu, saya kan..”
“Puteri Cinta Hati saya ?”, renungan Farid dengan seromantik-romantiknya membatalkan peluang Umie berkata! Rasa bahagia memberi seribu kepastian dalam bercinta.
“Urm. Lebih kurang kot tapi..”
“tapi ??”, Farid menaikkan keningnya sambil mendekatkan kepalanya , berpura-pura tidak tahu . Manjanya semakin menjadi-jadi. Farid semakin berubah sejak mengenali gadis ini. Perwatakan dingin GENJI bertukar lebih romantik.
“Tapii”, Farid tersenyum menanti butir kata yang selanjutnya.
“Tapii”
“Tapi awak pun PUTERA PUJAAN HATI saya kan?”, Umie memandang Farid dengan pandangan cinta paling dalam.
“haa. Saya akan selalu jadi PUTERA PUJAAN HATI awak Umie”
“Baguslah kalau macam tu, cinta hati saya buat awak, dan awak tetap pujaan hati saya . Janji?”, Umie menganggkat jari kelingking comelnya tanda janji harus diikat. Comel ! Farid turut mengangkat jarinya, lagi COMEL ! Namun begitu, jari mereka tidak bersentuh. Cukup sekadar di situ. Itu membuatkan Umie sayang dengan PUTERA nya itu. Batas Agama tetap dikawal dalam syahdu cinta yang membuai.

Senyuman diukir sampai ke telinga tanpa menyedari mereka dimatai seorang wanita misteri. Hitam bajunya. Ada getar di jiwanya. Memandang penuh dendam, sentuhan dajjal menghantui diri. Mulut mencebik. Dia takut mendekati, andai CINTA itu ada. Siapa dia ? Mengapakah CINTA itu harus takut didekati? Huh ?

****************************************************************************


Jauh disudut hatinya, dia mengaku, aku rindu dia, aku cinta dia, cinta ini miliknya. Namun takdir memisahkan mereka, mereka harus pasrah. Tapi mengapakah kepasraan itu tidak benar-benar muncul dan lahir ikhlas. Kenapa kepasraan itu seolah-olah dijerumuskan ke lembah HIPOKRIT yang mencengkam jiwa. Dia selalu mengatakan TIDAK!AKU MILIK ORG! Hakikatnya dia sendiri sakit didalam . Syukur kesakitan itu semakin kurang dek kekangan cinta Firas. Dia bangga hidup bersama Firas, lelaki itu selalu pasrah mencintainya sepenuh jiwa. Namun, siapa mampu menentang naluri cinta? Getaran cinta ? Belum ada ! Cinta itu indah, cinta itu sepi. Manusia yang memilih samada cinta itu harus ada atau tidak, dan SANG PENCIPTA LANGIT menentukan keputusan takdir.
Hidupnya kini bisa tersenyum di sisi Firas, namun hatinya berkecamuk , masih bisakah Wan tersenyum sepertimana dia tersenyum. Lagu-lagu pilu mengisi kekosongan hati Atira. Zikrullah menghiasi bibir setiap saat ditemani hati pilu. Di belainya perutnya sendiri pilu. Benih cinta Firas tumbuh mekar dlm rahim sucinya.

Angin seolah mampu membaca kelelahan jiwa sang bunga, sayu sahaja bayu melintas. Penuh bergaya dan sopan . Menyejukkan hati lara . Hari raya di Brunei jatuh pada hari sabtu. Jauh berbeza dengan Malaysia. Sayu hati si gadis ranau mengingat kampung halaman. Bayangan cinta Firas menguatkan lagi dia untuk terus tabah menjalani wayang gambar ini. Dia cuba mencapai air, melepaskan lelah . Tegukan air itu terasa dingin menyejukkan tekak. Tiba-tiba sahaja ingatannya menerawang ke AYAM PANGGANG yang Wan diberikan nya kepada Wan. Ayam-ayam cinta !

Baginya hari ini akan di habiskan dengan rentetan memori bersama Wan serta Firas. Jiwanya terasa resah yang melampau, rindu menggamit-gamit hatinya. Takut kehilangan dan resah andai berpisah. Kadang kala, air mata menjadi penenang.

“NUR ATIRA?”, sapaan bersuara memikat sukma itu mengejutkan Atira dari lamunan.
“Ya saya?”
“Perkenalkan saya EMA”, wajah itu tersenyum sinis memandang Atira, jiwanya tertawa melihat Atira. Dulu dia sudah bertemu dengan Wan, kemudian Farid, Sekarang Atira! Satu persatu akan ditinggalkan dengan satu koma hitam yang bakal menghuruh-harakan hidup mereka !
“ouh. Macamna kamu kenal saya?”, Atira terus mengukir senyuman kepada tetamu tanpa diundang itu.
“Atira..atira..siapa tidak mengenali kamu..”, Wanita menambah butiran katanya dalam diam, ‘ siapa tidak mengenali kamu, sang gadis yang punah cintanya ! kau benda berharga buat aku ! haaaha !’
Atira terdiam, sedikit curiga menerpah, namun wajahnya dibuat manis menutup rasa gusar.
“Atira, kat sini dengan siapa?”
“Dengan suami”, mata wanita itu terbeliak keluar. Jiwanya merontah. SUAMI ? Dia memejamkan matanya seketika, sesuatu berlegar difikirannya. Mulutnya mencebik! Rosak segalanya! Mulutnya terkumat kamit buat seketika, seperti ada bacaan yang diutarakan namun telinga seakan dipekakkan. Atira seolah berkhayal, tidak sedar dengan perlakuan wanita itu. Suasana sekeliling beranda semakin dingin tatkala malam semakin tekun menerpah. Angin mula bertiup kencang, wanita itu masih kekal dalam kedudukan yang sama, Cuma keadaan kini terlalu berbeza. Manusia seakan tersekat dari dimensi nyata. Wanita itu seolah bermunajat ! Tapi kepada siapa? Apa maksud dan tujuannya?
‘Kurang ajar ! Aku terlambat!’, wanita itu menyentak hijab yang mengaburi mata Atira tadi. Atira terpempan. Apa yang terjadi? Dia berlafazkan zirullah menyingkirkan resah.
“hmm, atira, lusa malam saya nak jumpa awak boleh ? Kat tempat ni?”, Ema menunjukkan alamat tempat yang dimaksudkannya. Dahi atira berkerut.
“tempat ni tempat bersiar-siar la tira, best, saya dah pegi, tapi tak best lar tak da kawan. Awak ikut sama ep lusa malam? Jom la!”, ligat sahaja Ema memujuk Atira. Matanya menampakkan lekuk-lekuk dusta yang tidak kelihatan oleh mata kasar.
“okey, tapi saya Tanya suami saya dulu”, Atira tersenyum.
“Okey . tapi jangan bawa dia pulak, malu saya nanti. Hee”, Ema cuba berseloroh. Atira tertawa mesra sambil menunjukkan ibu jarinya tanda setuju. Ema tersenyum sinis. Resah jiwanya mengenai cinta ATIRA dan SUAMINYA masih berbekas. Kehadiran suara ghaib yang memaksa Ema untuk mengumat-kamitkan mulutnya memberi satu helah dusta untuk meneruskan Perjuangan dusta itu. Ema mula hilang dari pandangan Atira, entah bila Ema pergi, dia tidak pasti. Namun, Atira tetap berbaik sangka dengan wanita misteri ini. Nalurinya selalu memujuk untuk TIDAK kepada EMA. Namun,lantunan naluri seorang wanita mencairkan segala resah. Atira memandang tabir langit , kepergian Ema yang entah bila mengundahkan Atira. Namun dea berlagak tenang. Siapa Ema?

• *****************************************************************

Semua orang mencari cinta? Namun hampir semua cinta itu palsu. CINTA itu datang dari TUHAN bukan dari igauan NAFSU. Kerana itulah aku membenci CINTA. MANUSIA DAJAL hanya mampu dijinakkan dengan CINTA. Cinta musuh pertamaku, aku mati atas dasar cinta! Nyawaku tersekat diantara hidup dan mati. Aku di tengah-tengah! Hahaha ! Aku benci WANIRAH ! Kekuatan cinta mereka begitu mendalam ! Aku ku hancurkan setiap inci cinta di hati mereka ! Itu pasti !

Hilaian dan tawa semakin kuat, dalam satu rimbunan hutan yang dipenuhi lumpur-lumpur yang menjijikkan, Ema tertawa mengilai, wajah ayunya kembali berubah kepada seorang yang mengerikan. Mata terbeliak keluar bersama urat-urat kemerahan melingkari mata, ulat-ulat yang menghiasi kepala yang terbahagi dua.Bersama lelehan air liur yang hangit bauhnya mampu menyesakkan nafas. Burung berlarian dan lingkungan udara. Rimbunan daunan bergerak laju seolah ada satu arahan ghaib menyuruh mereka. Langit menjadi gelap, menjadi saksi, sumpah seorang wanita misteri, Ema!





Imbas kembali ::

Oktober 1934

“você poderia me fazer assim? ( sanggup kau buat aku seperti ini )”
“Perdão (maaf)”, ringkas jawapan yang keluar dari bibir Fernando. Emalisyia dilanda amukan yang tinggi. Jiwanya tertekan, dulu Fernando dan dia memadu kasih dan sayang sehingga, dunia sanggup dilupa, maruah sanggup digadai, kehormatan sanggup menjadi taruhan demi cinta yang satu. Kini, Fernando mengucap SELAMAT TINGGAL padanya semata demi gadis berada, DANIILA yang berdarah kacukan BELANDA ! Biadap !
“onde sua promessa me amar até a morte?(mana janjimu mencintaiku sampai mati?)”, Ealisyia memukul dada FERNANDO sekuat hati. Jiwanya tersiksa. Dia mencintai lelaki itu separuh mati namun cintanya berbalas dengan kata , “SELAMAT TINGGAL”.
“molly! Não me chateou mais. nossa história termina aqui, não olhe para mim. Você é a vida que você, eu com minha vida(perempuan jalang ! jangan kacau aku lagi. kisah kita berakhir disini, jangan cari aku lagi. Kau dengan hidup kau, aku dengan hidupku)”, Fernando menolak Emalisyia jauh. Emalisyia tergagam. Dia seolah tertolak dalam satu dimensi yang lain. Sekali imbas , satu demi satu peristiwa indah bersama Fernando terungkai , tersusun indah. Dia tidak mampu melawan. Jiwanya teras perit. Air matanya lantas jatuh tanpa dipinta. Titik demi titik air mata menjadi saksi kerapuhan cinta seorang yang bernama lelaki.

Emalisyia berdiri. Dia memandang Fernando sayu. Tiada niat dihatinya untuk mendamba kasih. Yang ada Cuma CINTA yang bakal dipendam demi tidak memadamkan memori indah antara Emalisyia dan Fernando.
“obrigado , querido! – terima kasih sayang”, Emalisyia berjalan teguh kedepan. Sebaik sahaja tubuhnya membelakangi Fernando, air matanya jatuh. Dia ego ! Berpura-pura kuat namun lemah! Hatinya sakit .

Jiwa tertekan,. Taman Eden menjadi tujuan. Dia mahu melampiaskan segala dendam rindu yang langsung tidak berbalas. Langkah terus dihayun tanpa sekali pun dia menoleh kebelakang.

**************************************************************************
Haruskah aku meneruskan cinta ini ? cinta yang membuat aku hipokrit. Berpura-pura dicintai, disayangi namun TIDAK? Siapa yang lebih baik antara kita? Aduhh. Gunda rasa jiwa.

Mataku terbuka luas. Terkejut tiada kepalang. FIRAS ?

“wan?wan iskandar?”, Firas menghulurkan tangannya kepada ku.
“Ya, Firas kan ? Apa khabar?”
“khabar baik”, Firas memandang Wan seraya melemparkan senyuman. “Tira pun ok juga, dia di Brunei”. Aku memilih untuk mendiamkan diri.
“Wan, boleh kita bercakap . Tentang Atira”. Aku terpempan.
“Tapi bukan disini wan, ikut saya”

Angin menderu, sayupnya bayu menyejukkan jiwa. Entah mengapa sedih dan sendu perasaan Firas. Ada apa sebenarnya. Malam kian malap. Memandang Firas seolah memandang Atira. Segenap rasa bersalah menyelubungi diri.

“Tira suka pegang jari orang kan”, Wan tidak memandang Firas begitu juga Firas. Angin terus bertiup. Sejuk.
“Ya. Tapi saya tak pernah rasa lagi”, Firas tersenyum sinis mendengar kata-kata Wan .
“Saya pun”, Mata Wan membuntang, tidak faham.
“Oh”, ringkas jawapannya.
“Saya nak sangat Tira pegang jari saya selalu bukan kerana dia TERPEGANG”
“hmm”,wan hanya mampu diam. Diam seribu bicara.
“Saya nak kalaupun ada orang lain yang mampu Tira pegang jari dia,”
“ saya nak kamu, wan. Kamu yang paling layak.”. Wan terpaku. Apa yang telah terjadi? Kenapa begini? Rasa bersalah menerpa . Dia tidak melawan, tidak juga sekadar berdiam.
“Firas, actually apa dah jadi ni? Sya xfaham”.
“Tira tak makan pedas”,
“kalau awak tetiba nak masak, jangan bagi pedas tau, nanti dia mesti tak makan banyak”
Wan hanya mampu diam.
“Tangan tira cepat luka”
“kalau awak Nampak dia luka, terus ltk ubat, nanti sakit pula dia”
Air mata mula bergenang.
“Tira tak pandai sangat berkata manis”
“jangan salahkan dia kalau dia tak mampu luahkan apa dia rasa, nanti sedih pula dia”
Jiwa merontah.
“Tira..”
Air mata Wan mengalir ! Dia kalah !
“Tira..” , kata-kata Firas tersekat. Yang terdengar cuma sesakan nafas yang terlalu . Wan terkedu. Dia mendapatkan Firas dipangkuannya.
“Tira sayangkan awak”, airmata Firas jatuh dalam kepayahannya berjuang di saat nyawanya hampir tamat. Wan masih terkejut. Dahi berkerut. Kenapa dengan Firas. Darah mengalir dari hidung Firas. Dia mengucap berkali-kali.
“Firas!”
“Wan Iskandar Wan muhaimin, awak janji sayang Tira untuk saya . Awak janji jaga Tira untuk saya. Awak janji peluk Tira untuk saya. Awak janji jaga anak saya untuk nama ini Puteri Cinta Shasya kalau dia perempuan”.

15/disember/2016 . 10.30 malam. Firas Ali. Lelaki berduka yang mencintai seorang puteri dalam cinta yang halal telah pergi, dipangkuan seorang saingannya dalam usaha mendapatkan cinta Atira, Wan Iskandar Wan muhaimin . Di kala orang ramai membantu mengusung jasad penuh indah wajah Firas , Wan masih terkedu, terdiam dalam lamunan. Suara Firas masih terngiang-ngiang di anak telinganya. “Firas, betapa mulia jiwamu. Kau memang layak untuk Atira. Bukan aku.”

*******************************************************

Barah Otak , jenis Ependymoma (ketumbuhan serebral yang berasal daripada sel-sel ependimal slia.Ia menyekat cecair serebrospina dan menyebabkan hidrosefulus) jenis yang paling kerap berlaku kepada mangsa Barah Otak . Mereka berkembang dari sel-sel yang melapisi baik berongga rongga otak dan saluran yang mengandungi sumsum tulang belakang, tetapi mereka biasanya muncul dari lantai ventrikel keempat, terletak di bahagian punggung bawah dari otak, dimana mereka dapat menghasilkan sakit kepala, mual dan muntah dengan menghalang aliran cecair serebrospinal. Obstruksi ini juga boleh menyebabkan hidrosefalus. Gejala lain boleh termasuk (tetapi tidak terhad kepada): kehilangan nafsu makan, sukar tidur, ketidakupayaan sementara untuk membezakan warna, berkedut tak terkawal, melihat garis menegak atau horizontal saat di cahaya terang, dan kehilangan ingatan sementara. Harus diingat bahawa gejala-gejala ini juga lazim di banyak penyakit lain tidak berkaitan dengan ependymoma. Firas pergi atas sebab ini. Atira mengalirakan air mata tanpa henti .

“Kenapa abang xcakap?”, terasa hatinya begitu pilu yang mendalam. Tertekan. Disaat hatinya yang keras bak tembok besar china itu mulai cair, dan runtuh Firas pergi. Sakitnya tidak terkira. Airmatanya tidak banyak mengalir. Jiwanya terasa remuk, satu keremukan yang benar-benar mengujinya. Dahulunya dia seorang yang keras dalam kelembutan. Namun Firas telah melembutkannya. Firas mengajarnya erti menghargai, mencintai walau dalam masa yang singkat. Tidak sampai setengah tahun pun. Dia tekad untuk tidak mencintai sesiapa. Atira yang dulu akan kembali. Tiada ada kata untuk bercinta, tiada kunci lagi untuk membuka hatinya. Tiada nilai lagi yang bisa membeli hatinya. Hanya seorang mampu membuka dan membeli hatinya, Firas ! Biar dia jadi milik orang untuk sekali, biar dia mencintai sekali , biar dia jatuh cinta sekali, dan biar dia rasa sakit untuk sekali ini sahaja. Ya. Walaupun dia jatuh cinta dengan Pereman Cinta namun dia telah mencintai Sang suami. Walaupun dia terpaksa jadi milik orang , biarkan dia juga sakit untuk keterpaksaan ini. Firas, aku janji. Namamu tidak akan pernah padam dalam teater cinta ini. Sayangku yang kekal itu hanya untukmu, suamiku. Atira menyentuh kubur Firas dengan sayu. Satu persatu kenangan bersama Firas tertayang tidak dipinta. Atira mengukirkan senyuman. Akan dia pelihara bayi diperutnya dengan sebaikmungkin. Ini saksi cinta dia dan Firas. Puteri Cinta Shasya ? HUH !

Sunday, September 5, 2010

politik cinta wanyrah part 5

JAHAT ! BUDAK JAHAT ! Jahatnya kamu Atira! Jahatnya , kenapa kau senyum-senyum sana ha ? Ish. Kau tahu aku mahu lupakan kau , kenapa kau perlu tertawa manja menujah-nujah pertahanan jiwaku yang seakan mahu runtuh melihat senyumanmu atirah. Penat ku gumpal rindu ini, kau tambah rindu ini. Sayang, terlalu indah namamu, terlalu indah buatku.


“Wan ! Jom lah makan wan, sedap tul ayam si Is panggang ni, nda da sua rasa dia. Haha”, Emy tertawa riang, sama seperti si kecik ku.
“okay-okay”, ringkas jawapanku sambil mendekati mereka.

 
“Wan, duduk sinilah”, Huh ? Atira mahu aku duduk dekat dengan dia ? Biar betul? Kecik, kau jangan ! Jangan pernah memberi benih cinta untuk aku semai kembali. Aku tergamam seketika, naluri cinta membuak-buak meminta untuk tumPah. Ku gagahkan kakiku, melangkah , dan duduk di atas kayu sakti yang menanggung beban berat aku dan si kecik! Ouhh indahnya. Di bawah sinaran sang suria, kami duduk bersama.


“Nah wan, sedap tau”, ringkas bibir munggilnya berbicara.
“thanks”, jawabku ringkas.
Aku memengang ayam panggang yang di potong kecil oleh si kecik, mata kami bertaut. Ayam bertuah di tangan menjadi saksi mata kami berbicara, bicara soal ? iya, soal cinta . Yang hampir terkubur. Ayam tersekat perjalanannya. Ayam kemas di jari dua pasangan yang sedang menabur cinta. Kalau orang kata cinta itu semanis caramel sekarang biar aku buktikan AYAM PANGGANG ini menjadi saksi cinta aku padamu kecik. Tidak ku lepaskan pegangan ayam itu, si kecik juga tidak ! Masing-masing tekun dalam lamunan rindu.


Wanyrah Fc yang lain langsung menjadi buta. Buta menghadap ayam panggang. Si kecik dan aku? Terus memandang ayam yang kemas di tangan. Tira, jangan lepas ayam tu tyra. Jangan, okay? Aku berbicara sendirian. Aku mengaku, rinduku pada si kecik terubat , walaupun sakit.
“ehem-ehem”, Atira berdehem kecil .
“eh sorry, hee”, aku mengambil ayam itu jauh. Argh. Sekejapnya kecik ? Ayam-ayam. Ayam-ayam cinta , akanku jadikan kau mahar cintaku andai kau sudi menjadi saksi di saat hari pengijabkabulan cintaku pada atira. Haha.


“GUYS, teman aku pi sungai luk, cuci-cuci ni piring segala, uik, jan smua pegi, nanti hilang semua barang, wan ko la tinggal”, panjang lebar arahan Zed menyinggah di telingaku. Atira tersenyum memandang aku. ‘Aku suka ni, suka’, dalam style percakapaN Emy. Jelas kelihatan rantai D.T.B dipakai Zed, HURM. Apakah makna D.T.B itu? Emy dan Nassyira turut pernah memakainya . Hurm. Mereka sahaja tahu apakan itu.
“Is, jom is, temankan kami cuci-cuci.”, renungan mata As membunuh Is. Is mengangguk tanda setuju. Farid termenung , cuba mengelak dari mencuci pinggan menemani Is.
“Farid , janlah ko buat muka stay macho, nda jua kami bawa ko, situ jax ko ma c wan. Haha”, aduhh tajam kata-kata Emy menusuk jiwa. Farid tertawa kecil. Atira masih duduk, diam tanpa bicara, senyuman masih terukir . Kenapa kecik ?

“Mi, kamu ja la cuci-cuci. Hee.”, Atira memecahkan keheningan suaranya
Emy mengangguk tanda faham lalu terus berlalu bersama ASIS dan Zed.


Aku memandang Atira dalam sedalam dalamnya. Aku tidak tahu siapa antara kami yang lebih mencintai. Adakah aku yang terlalu memberi cinta yang ada dihatinya ataukah si kecik yang terlalu pintar membeli jiwaku? Melangkah kealam cinta khayalan ku ini, seakan memasuki ruang yang penuh bercahaya. Segala-gala tampak jernih berkilau dan aku mudah percaya pada semua yang kulihat. Namun, hakikatnya aku tersesat didalam lohong cinta. Satu ruang yang amat pedih, gelap dan menyesakkan jiwa. Aku juga tidak mampu mencari jalan keluar. Ada ketika aku bagai diseru, agar terus berdiam di situ kerana sesekali jiwanya percaya, karma cinta tersimpan di situ.
“Atir, Firas ambil ke nanti pulang?”, aku menyoal soalan yang paling bodoh pernah ku ucapkan. Bodoh kerana bertanya mengenai lelaki yang meragut cinta kami.
“Maybe ya”, ringkas jawapannya . Membunuh. Kenapa aku masih terasa masih ada ruang untukku dihatimu, kecik? Kenapa? Berikan aku jawapan. Jiwaku bergelora, rasa tak percaya.
“Tira”, lembut suaraku mendekati cuping si kecik. Jarinya ku genggam halus di bawah lapisan daun cinta.
“Wan”, si kecik cuba melepaskan genggaman jarinya.
Aku menahan jarinya lagi dari terlepas. Aku rindu kau kecik.
“Wan”, sekali lagi dia berusaha melepaskan jarinya. Ku genggam kemas , padu ! Tidak lepas jari si kecik. Aku mahu dia tahu, aku masih merinduinya.
“Wan..please”, kali ini dia melepaskan jarinya dari genggamanku sendiri dan terus berlalu. Aku masih berkeras dalam kelembutan, tidak melepaskan jari si kecik. Kurasa aku telah mengukir senyuman paling manis buatmu kali ini kecik, manis semanis madu, senyumaN Farid Kamil sahaja tidak mampu melawan kemanisan senyuman kasih ku ini, aku yakin. Dengan renungan mata Zulhuzaimy, aku mahu kau cair seperti coklat, kembali kepadaku.

Atira tersenyum. Senyum? Kecik kau suka aku pegang kau?
“wan..”., Dushh! Satu tamparan maut padu bernilai wanita dari si kecik buat aku.Airmatanya mengalir . Mukanya kelihatan merah, merah. Apa aku dah buat?
“wan! Buka mata kau wan, bukak! Tengok depan kau ni, Nur Atirah Jamilus, gadis dari ranau, ISTERI FIRAS, ISTERI FIRAS, aku ulang lagi isteri Firas wan. Kenapa kau baut aku macam ni? Kenapa kau terus siksa aku wan? Aku ni milik orang, bukan Atirah yang dulu lagi. Faham?”, semakin lama semakin dia menikam aku. Terus menerus. Airmatanya deras mengalir. Farid masih tergamam si suatu sudut.
“Kau penipu wan! Kau penipu. Kau kata kau tunggu aku, tapi kau bodoh! Kau tunggu aku macam tunggul, kau tidak kejar aku. Kau yang musnahkan cinta kita”, suaranya mengecil di kala perkataan ‘KITA’ muncul. Aku masih terdiam , merenung matanya.



“Wan, kau tak pernah cipta KEGIGIHAN CINTA buat aku tapi kau kejar KEGIGIHAN CINTA aku. Aku perlukan udara wan. Udara untuk aku bernafas. Dengan nafas cinta kau! Mana janji kau wan? Mana? Sampai diri ini milik orang, kau masih terkejar-kejar.Aku terus menanti. Kau kata kau takkan biarkan sejuta pedang menghunus untuk megguris aku, tapi mana? Bukan sekadar pedang yang mengguris aku tapi aku hampir lemas di lautan kasih sayang palsu ko. Kau bermimpi wan, bermimpi, lupakan aku wan. Tak mungkin kita dapat bersama, tak mungkin. Aku isteri orang, isteri”, esakan SI KECIK semakin kuat. Airmatanya deras mengalir. Jantungku seakan mahu berhenti berdetak. Atira, kau menunggu aku? Benar kecik? Adakah aku selama ini tidak bertepuk sebelah tangan? Benar?
“Ya. Aku akan lupakan kau kalau itu dari kau. Aku luputkan , aku luputkan kau !”, Aku menendang kayu gemuk di hadapannya. Atira tergamam, airmata mengalir tanpa dipinta. Farid berdiri terkejut dengan kelakuanku.


Memang aku bodoh atir, memang, aku gila, gilakan aku sampai aku lupa cipta CINTA kita. Aku memang bodoh, aku akan lupakan aku . Tapi jangan bunuh aku lagi tira, bagitau aku yang kau pun SAYANG aku, kau CINTAkan aku, bagitau tira”
“ya. Memang aku sayang kau . Aku CINTA kau”, aku terdiam. Kata kata Atira menusuk kalbu, jiwa dan ragaku. Kata-kata sakti itu membuatkan aku lelah. Lelah dalam bayangan cintaku. Kecik, kenapa kini baru kau nyatakan cintamu? Kenapa? Aku kira aku benar-benar bermimipi. Kau tidak pernah memberI aku kepastian. Selamanya kau dalam hatiku kecik. Walau lidah ini mengatur bicara bahawa kau akan kulupai namun hatiku tidak pernah gentar untuk mempertahankan cinta kita. Hari ini dalam sejarah. Sejarah berharga buatku. Kau menolak cintaku. Kau mengaku aku dihatimu. Aku bahagia walau tidak memilikimu. Kerana kini aku dapat tanda kepastian itu, kecik. Terima kasih.


Atirah berlalu dengan telefon bimbit di tangan. Aku masih tegang dengan wajah sugul tanpa kata. Farid kembali duduk. Peristiwa di depan matanya tadi cukup mengajar Farid untuk setia, setia. Jangan pernah memberi harapan pada orang lain. Itu pasti. Farid mengesat peluh di dahinya. Baginya, terlalu rumit untuk memahami cinta.


*********************************************
“Assalmualaikum abang”, ada sayu di suaranya.
“Waalaikumsalam,tira.Tira? Aik? Kenapa? Dah rindu ke”, Firas terus mengusik Atira tanpa mengetahui betapa sakit dan hancur perasaan isterinya disana. Tanpa mengetahui betapa bengkaknya mata isterinya.
“Hee. Rindu kali aa.”
“Haha. Ouhh. Kira untung laa ni kan, dah ada orang rindu. Ingat bertepuk sebelah tangan”, bertepuk sebelah tangan? Hah !Ayat yang selalu wan ucapkan. Wan, kenapa cinta kita terhenti di tanda koma ? Kenapa?
“Tira?”, lamunan Atira terhenti.
“ya. Soory. Actually, atir nak pulang hari ni, abang ble ambil tak. Rasa tak sihat”, ada getar di suaranya. Firas dapat menangkap keresahan Atirah. Diam menjadi jawapan setia tatkala kegelisahan merempuh.
“hurm. Okay je. Nanti abang ambil kat tempat hari tu tira cakap kan?”

“yeah. Thanks abang”, airmata yang mengalir dikesat Atira. Tidak mahu mendengarkan Firas esakan airmatanya merontah.

“Hurm.Thanks je? Ni la ni..”

“Hahaa”, Atira pantas tertawa manja. Tergelak mendengar cara pertuturan Firas yang sedikit sebanyak berubah seperti loghat Sabah. Hilang sedikit keresahan dijiwanya. Untung mendapat suami seperti Firas, lelaki yang turut terguris kerana mainan cintanya. Pernikahan yang dijalankan tanpa ikatan cinta.
“Aik, tawa pulak. Betul-betul la. Takkan thanks je?”
“ouuh yakan, Assalamualaikum abang, lupa. Okay, Bye! Ambil tyra taw”, Atira mematikan talian.
Firas tersenyum. Puas. Atira mulai dekat dengannya. Terima kasih tira. Kita sama-sama bina taj mahal cinta kita, walau mahar cinta kau dan dia masih kekal di hatimu.


Atira duduk di satu sudut, dekat dengan Farid. Tenang rasa jiwanya, melepaskan segala yang terbuku di hatinya. Walaupun pahit namun terbaik untuk wan. Untuk Atira juga. Dari rimbunan hutan yang jauh, ASIS , Emy dan Zed datang dengan senyuman manis hingga ketelinga diiringi gelak tawa tiada henti. Tiada satu antara mereka tahu apa yang terjadi antara Wan dan Atirah. Tiada siapa tahu kayu mana yang ditendang, berapa kilo air mata atirah mengalir, tiada yang tahu.
Wan masih termenung. Emy memandang penuh curiga. Dia mendekati Atira .

“Tir, ko nangis?”
“eh, tiadalah”, Emy , As , dan Zed menarik Atira ke air terjun berdekatan. Atira diam seketika.
“Guys, aku pulang kejap lagi. Firas ambil aku”, mereka semua terdiam. Otak ligat bertanya kenapa? Mengapa? Namaun lidah keluh, bibir membuka untuk menutur bicara.


=“Okay, kami faham”, ringkas Emy menjawab.
“Kamuu...”, lama lagaknya bunyi itu. Atira memeluk ketiga-tiga sahabatnya itu, sakit hatinya. Peristiwa tadi benar-benar menyakiti hatinya. Trip yang seharusnya berakhir dengan tawa riang kini baru sahaja bermula sudah dihiasi dengan tangisan dan esakan. Zed sudah turut menangis, dipeluknya Atira semakin erat. Emy dan As tetap tabah, menyapu-nyapu belakang Atira tanda sayang seoarang sahabat tidak berbelah bagi.



“Aku dah terus terang dengan dia”, lembut Atira bicara. As menyapu air mata Atira.



“Takpa tir,. Itu yang terbaik, kami sokong apa juga kau buat.”, As mulai sebak melihat derita rindu temannya yang cukup disayanginya. Di balik kebahagiannny , rupanya Atira esak, lelah dalam kesedihan. Rasa bersalah menerpa dirinya.



“Tir, kau pulang, relakskan diri, jangan fikir sangat, lama-lama okay la itu, pasal Wan jangan risau kami urus nanti”, Emy sebagai penggerak utama Wanyra fc member usul. Tira sekadar mengganguk. Tudung sudah basah dek airmata. Zed memandang langit, memandang Atira sejurus kemudian. Aku tak percaya cinta ! Tidak pernah akan !

 

***************************************************************



Mutiara air terus jatuh berderai perlahan di dalam ayunan syahdu. Hujan renyai terus menurun merelakan dirinya mencurah jatuh Atira duduk disebelah Firas dengan wajah yang sayu sesugul perasaan langit. Tiba-tiba ingatannnya teringat pada kata-kata novel Ramlee Awang Mursyid, dalam novel trilogy BaGAIKAN PUTERI, “Andai dapat ku capai awan, maka saktilah hamba”. Hurm, andai dapat Atira mencapai awan sekarang, akan dia capai, akan dia padamkan kisah pahit mengguris hati yang terjadi tadi.



Bukan serik untuk bercinta namun cuba menjadi setia, setia pada cinta yang hakiki, cinta yang duduk tersenyum disebelahku. Hati Atira resah dilanda kerumitan. Kisah dia dan Pereman cinta akan di abadikan kekal di dalam hatinya, tiada tara. Mungkin itu terakhir kali mereka bakal ketemu. Mungkin.



Mata meliar memandang sekeliling, pandangannya terhenti di liang mata Firas. Suami nya tekun dengan panduan, tanpa suara. Senyuman terukit di bibirnya.



“senyum-senyum”, usikan Firas membuatkan Atira terhenti dari lamunan.



Senyuman Atira semakin panjang, dia meraih sejuta ketabahan menerima Firas dalam hidupnya. Walau luka di hati masih berbekas. Wan , maafkan aku, aku mahu kau bahagia. Kita belajar bahagia bersama-sama. Aku aku. Kau kau.
 
Jangan pernah berjanji untuk saling setia , tapi berjanjilah untuk tidak
menyakiti . jangan pernah berjanji untuk tidak meninggalkannya , tapi
berjanjilah untuk tidak mencampakkannya . & jangan pernah berjanji
sehidup-semati , tapi berjanjilah untuk saling memiliki. Firas, dapatkah kau membahagiakan aku seperti mana Wan pernah menceriakan malam-malam ku ? Huu~

****************************************************

“Aku dah cakap kan mie, dont trust boy, dorang degil. Pastu nangis2. Ish3.”, Nassyira memulakan bicara. Dengan lagak tangan di pinggang, dia berlagak tidak ubah seperti seorang guru mengajar anak muridnya. Panjang lebar ceramahnya kepada Emy dan Zed.



“iya la bha konon asyir. Ko ni banyak jak cakap namun~ kau pun sama kan, wi”, Emy mencampakkan kembali tomahan itu ke Nassyira. Terpinga-pinga Nassyira dibuatnya.



“Hallo~ girls. Dengar sini, today, nowadays, kan kan, kita nak tolong Atira setia ngan Firas , Wan lupakan Atira dan kalu boleh cari orang lain bukan kita yang maw bertekak”, Zed menokok tambah garam Nassyira.

“Uiks. Tu dah lain tu. Series, walaupun Firas tu sweet..”, Zed dan Nassyira serentak tersedak. Milo suam-suam kuku hampir terluah dari bibir masing-masing. Emy tergelak gembira, gembira dapat mengusik rakan-rakannya.
“Yakan betul tu, sweet kan dia...”, Nassyira menyaport kata-kata Emy.

“Shh. Dengar ! haha. Walaupun Firas tu SUUWIIT namun~ Aku tetap pilih Wan. Wan romeo , gentle. Dia setia tunggu tyra walau tau tyra dah kawin, dia tetap tunggu dalam diam. Aku yakin cinta dia tulus. Wah~ haha. Tapi kan, susah juga kan, takkan kita nak pisahkan Firas and tira. Tak sanggup aku rosakkan rumah tangga orang lain.”, panjang lebar penjelasan Emy menutup lohong-lohong peluang untuk Nassyira dan Zed berbicara.
“Hurm. Betul jua tu. Bayangkanlah wawan tunggu atir dah lama dah. Tuptup kawin plak atir ma Firas. Kalau aku, meraung aku hari-hari.”, laju dan semakin rancak Zed menutur kata.



“Takpa2. Aku yakin dorang buli tu.”
“buli apa ?”, Zed bertanya kepada Emy.
“Buli bla.. hahha”, Nassyira menyambung tawa.
Akhirnya perbualan sedih bertukar ceria. Setiap tawa riang berorak bersama segunung harapan agar Romeo mereka juga begitu. Berhenti bersedih pandang ke depan bersama cinta yang sama, hati yang sama, namun ketabahan yang padu. Itu harapan mereka !



Tudung dipakainya dibiar terbang dikibar sang bayu. Tanah terus digembur, tangan comel miliknya kotor dek tanah hitam. Dia menggaru-garu jari manisnya. Jelas , terang cincin di jari manisnya. Dia menjadi lebih tabah sekarang. Ramadhan mengajarnya untuk lebih tabah, mengawal segala nafsu dajjal membaham diri. Dia redha, senyuman menjadi peneman, iman menjadi bekalan.


 
“Sayang, kalau nak gembur tanah bukan macam tu, macam ni”, tangan Firas bersentuh dengan Atira. Degupan jantung Atira rancak menari lagu Jahat dari Stacy tidakpun lagu BOYS BOYS BOYS dari Lady gaga. Atira sempat memarahi degupan agar tenang, tenang, tenang. Jari Firas tepat memenuhi ruang-ruang celahan jari Atira. Hangat jelas terasa. Tanah digembur bersama koreografi Firas sendiri. Dada Firas semakin dekat dengan Atira. Gabra !

“Ouhh. Macam ni, takpa2, tira buat sendiri”, lekas sahaja Atira mengelak dari Firas lebih dekat dengannya. Maaf Firas, aku belum bersedia untuk semua itu. Belum!
Firas memandang Atira tajam, ada keikhlasan, ada sayunya. ‘Atira..kenapa begini sayang? Aku akan sabar mengejar kau.’, gerutunya sendirian. Dahi berkerut. Cintanya membuak-buak. Ternyata Atira Berjaya meruntuhkan segenap jiwanya. Kini dia sedar, dia sudah jatuh cinta. Satu titik kepastian tiada tara. Yakin seyakin-yakinnya.


Gemburan semakin perlahan. Atira semakin sayu. Terasa dirinya begitu berdosa, berdosa membelakangi suaminya. Suaminya yang sedia mencintainya apa adanya. Dalam sendu, bunga mawar dihadapannya, menggangguk sambil berkata, ‘Tira, relakan dia’, Atira memandang pokok mawar itu sayu. Rasa bersalah menyelubungi diri.

Hangat ! Badan Atira hangat ! Pelukan Firas dari belakang menghangatkan tubuhnya. Atira tergamam, tidak akan sekali lagi dia melawan, menjadi pengkhianat suaminya sendiri. Jahat! Atira merelakannya , rela dalam suka atau rela dalam paksaan ? Dia sendiri bingung. Dibiarkan pelukan Firas menghangatkannya tanpa sebab. Cangkul comel dibiarkan jatuh.
“Tira, walau Tira jauh, jauh sangat, saya akan selalu kejar tira. Walau berjuta pedang menghunus, takkan saya biarkan Tiraku sayang terguris. Tira, izinkan saya pulihkan semula hati yang parah itu. Izinkan saya biuskan Tira dengan cinta saya. Boleh Tira ?”, bisikan Firas menggugurkan naluri wanitanya. Kata-kata Firas persis mutiara kata Sang Pereman Cinta! Tidak mungkin mereka sama . Namun, Terlalu suci baginya kata-kata Firas. Kata-kata seorang suami buat isterinya. Mereka tidak bersalah. Mereka tersepit dalam keadaan. Keadaan yang membuatkan mereka redha dan belajar mencintai dan dicintai . Bercinta selepas berkhawin. Air mata Atira mengalir, lidahnya gagal menutur bahasa cinta dihadapan Firas. Satu jawapan ringkas keluar di mulut Atira, “Ya” . Untuk menyatakan cinta dia kurang arif, tapi andai dihadapannya itu adalah Wan ? Adakah Ucapan it uterus terucap tanpa silunya. Atira mengira hari, menghitung masa, menunggu jawapan tanpa soalan.


“Tira..”, Firas memaling tubuh Atira depan . Mata mereka bertaut, air mata Atira disapu mesra oleh Firas.
“Kita tak kenal siapa kita. WaN mungkin lebih mengenali tira, tapi satu saya minta , beri satu peluang untuk saya buktikan saya lebih baik dari Wan . Saya cuba.”, kerumitan semakin memanjang. Kenapa Wan masuk ke dalam dialog kasih antara dua sejoli ini. Dari mana ia datang? Kau ingin lebih baik dari Wan? Mimpi! Aku selalu cinta dia. Mata Atira semakin berani memandang Firas tanpa lelah. Dia mulai mengerti cinta tulus suci seorang lelaki bernama SUAMI .
“Saya janji tira, saya akan bertarung dengan awak nur atira, saya akan kejar cinta awak, BIAR RAMADHAN kali ini jadi saksi. Hari pertama ini saksi ini aku sayang kamu”, kali kedua Atira mendapat pelukan suaminya di taman cinta mereka. Awal yang tadinya terik, kini ,kian redup. Seredup perasaan Atira di dalam pelukan syahdu kasih sayang yang halal.

 

*******************************************************************************



Wajah itu ku kenali. Kini ia datang kembali. Rambut ikal mayang, hitam pekat, bibir kemerahan, tinggi lampai . Dia di hadapanku . Aku berpura-pura buta, tidak mahu melayan gadis yang pernah menjadi bahan makianku. Alunan muzikku semakin syahdu. Aku hanyut dalam petikan gitarku sendiri. Aku perasan, gadis ini khusyuk memandangku. Ada apa dengan aku ? Argh.



Friday, September 3, 2010

politik cinta wanyrah part 4




“Aduh! Sorry. Arggh. Meh saya tolong bersihkan”, Aku menolak tangannya lembut.

“takpe, takpe. Maaf, saya kena pergi”, aku meminta izin dengan lembut walau kaki ini masih terasa pedih hasil pijakan heels maut wanita berambut hitam pekat di hadapanku ini.
Aku meneruskan perjalanan tanpa menoleh .

“cik, cik, sabar cik ! maafkan saya. Saya tak sengaja tadi. “, gadis itu terus mencoba menarik perhatianku. Aku tidak lekas menoleh.
“Takpe . Awak tak salah.”, jawabku ringkas . Aik? Kenapa wajahnya begitu rutin di penglihatan ! Mungkinkah dia? Arghh.

“Awak, ni number phone saya , kalau awak nak saya gantikan barang awak yang koyak tu, kol je saya k!”. Koyak ? Apa yang koyak? Arghh. Surat yang pernah kuberikan kepada Atirah ! Ku raba-raba surat itu, ternyata ia koyak dipijak gadis ini ! Arghh ! Aku memutuskan untuk pulang, keinginanku untuk terus ke Eton’s aku batalkan dahulu.

“dia mungkin bengis seperti singa ,
Tapi dia nangis tonton cerita korea
Dia mungkin keras bila bersuara
Tapi dia jelas jujur apa adanya
Aku lebih kenal dea :D
Tyra x bengis lah !”

Arghh.. surat yang aku jaga selama bertahun-tahun ni hancur koyak pasal perempuan ituuu !! arghh. Aku memandang nombor telefon yang dia berikan ! Arghh. Ku lempar jauh ! Benci ! Kau nak ganti paper ni ? Kau ingat surat ni rendah sangat ka nilainya ? Biar disusun sejuta juta wang emas tidak mampu menganti kenangan yang jelas terukir indah antara aku dan kertas ini. Kertas bukti kemanisan kasih sayang antara aku dan dia.

"bAhagia dgn kertas itu,
menindas dgn kertas itu,

gila dgn kertas itu,
segalanya dgn kertas itu,
pernah ka dia mengenal bahagia
tanpa kertas itu"
******************************************************
“ala farid, jum la farid. Ko ni, kita dah rancang pun hari tu. Ko cakap ok jak pun”, Emy ligat memujuk Farid untuk mengikuti trip ke Kota Belud itu.

“bukan tak nak, tapi macam segan pulak aku kalau dorang Is dan Wan tak ikut”.

“siapa cakap wan dan is tak ikut ? haha . Dorang ikut lah Farid”

“eh ! yaka ? kompom ?”

“ya la.ko ni! Si is on the way sudah ke rumah aku ni. Ko cepatlah packing. Aduhh. Si wan pun on the way. Wanyrah fc yang lain dah ready ni di rumah aku”

“Atirah ikut?”

“Tak kot, ntah ! tak tahu sebenarnya. Dia tak komfom lagi la. Kan dia tu dah jadi isteri orang. Ko ni~”

“oh yakan. Oh, takpalah aku packing luk, kamu tunggu aku arh”

“okay! Cepat ! Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam”, Farid mematikan talian. Emy terus mendapatkan Zed dibiliknya.
“Macam mana mi? Si farid ikut ?”, soal Zed sambil tergelak manja.

“ikut ! haha”, jawab Emy ringkas.

“Atirah?”, soal As pendek.

Tanpa membuang masa, Emy menekan punat-punat telefon bimbitnya mencari nombor telefon Atirah.
“Assalamualaikum tyrrr !!”

“Waalaikumsalam emmmmiiiiiiii”, Atirah turut menaikkan suaranya , masih sama seperti dulu kala lagak suaranya.

“HEHE. Tyra, kau ikut kami ka tyr ?”

“Tak tahu pula ni mi. Aku belum Tanya si Firas lagi ni”

“Apesal pulak ? Aishh. Mana dia, biar aku cakap ngan dia!”

“uis. Janganlah! Aku dah packing dah tapi belum bagitahu dia!”

“ya ampun tyra! Bagitahu la, ko bukannya nak keluar dengan siapa pun dengan kami-kami jua kan ?”

“okay okay. Aku Tanya sekarang okay ? Nanti aku kol ko balik k mi?”

“orait!”, emi mematikan talian sekali lagi dengan harapan Atirah akan ikut bersama mereka.

Di suatu sudut, Atira memandang wajah kacak milik suaminya. Sayang, kau bukan dihatiku Firas ! Atira berdehem-dehem di hadapan Firas meminta perhatian. Firas menoleh kearah Atirah. Dia tersenyum menerima kehadiran Atirah. Atirah hanya tersenyum.
“hurm. Hari ni tira ada trip ke KB ngan kawan-kawan lain”, Atirah duduk di sebelah Firas .

“jadi, tira tak ikut?”, Firas mendekatkan dirinya dengan Atirah dengan matanya masih jujur memandang Atirah. Atirah memberanikan diri bertanya walau jelas dia masih gabra duduk di sebelah Firas. Semenjak mereka berkahwin, tidak pernah Firas duduk disebelah Atirah sedekat begini.

“Tira nak ikut tapi”, belum sempat Atira menghabiskan kata-katanya, Firas memegang tangan Atirah.

“Tira kalau nak ikut, ikut ja okey?”, Atirah tersenyum sambil mencium tangan Firas.

“Terima kasih”, jawab Atirah ringkas.

Akhirnya, Atirah jadi mengikut trip ke Kota Belud itu dengan syarat Firas yang akan menghantar Atirah ke rumah Emi. Sesudah sampai ke rumah Emi. Jelas tersusun wajah Wanyrah FC yang lain termasuk Wan ! Atirah mula gelisah namun dia bijak mengawal keadaan.
Zed dan As berlari mendapatkan Atirah.
“ATIRRRR ! i miss u so much”, Zed memulakan bicara.

“me too. Hehe. Err. Perkenalkan ni husband aku, Firas”, Atirah memperkenalkan Firas kepada rakan-rakannya. Mereka bersalaman bersilih ganti. Tiba giliran Wan, ada sesuatu yang lain tiba di hati Firas. Renungan mata Wan terhadap Atirah terlalu lain. Firas memandang Atirah dan membisikkan sesuatu ke telinga Atirah sebelum berlalu.

“saya percayakan Tira” , kata-kata ringkas itu seolah membunuh Atirah. Atirah mengangguk.
Emi dari jauh tersenyum. ‘Akhirnya Atirah muncul juga :D Yang penting rindu si Wan terubat juga.’

Perjalanan ke satu kawasan pedalaman Kota Belud mengambil masa yang cukup lama untuk mereka terus menahan mata dari terlelap. Kelihatan wajah-wajah Wanyrah fc lelah dalam buaian mimpi masing-masing. Farid masih tekun dengan panduannya, dahinya kelihatan berkerut sedikit . Di suatu sudut, Is masih termenung. Termenung jauh . Hatinya terus di landa gundah, resah . Kasih lama hendak di sunting kembali . Teddy bear di bonet masih kemas duduk tanpa diketahui untuk siapakah Teddy bear itu, Wanyrah FC masih tertanya-tanya. Is sekadar tersenyum menjawab setiap persoalan .

************************************************

Ombak menyisir laut, dari jauh gelombang biru itu beralun-alun menyinggah pantai. Di langit biru, awan tampak melengkung-lengkung kecil membentuk rendah putih yang cukup indah. Biru langit dan biru laut bersatu dalam saksi cinta yang tidak pernah dimungkiri selagi bumi berputar pada paksinya.
Aku terus duduk termenung, baginya kini, menungan itu lebih banyak jika dibandingkan dengan senyuman. Senyuman ? Andai sahaja senyuman itu mampu di ukir , akan ku ukirkan, tapi benar kata mereka, aku harus tabah, dan kembali . Perlahan-lahan akan ku padamkan kau dari hatiku KECIK. Cinta kita terlalu tulus untuk di khianati, biarkan aku padam kan nama mu dari hatiku, namun tidak sekali cinta ini ku biarkan pergi. Aku bukan mahu menjadi penyelamat cinta tidak juga mampu mengubur cinta yang bersemi. Ya Allah, teguhkan aku Ya Allah. Langit seolah tersenyum memandangku member sejuta harapan kepadaku untuk tabah.
“wan. Assalamualaikum”. Jantungku terus berdetak kencang, nafas seolah tersekat. Aku semakin terasa blood vessel ku mengecut. Adakah itu suara si KECIK ?

“wan ? are you okay”

“waalaikumsalam, hee. Okay lar tyra. Hurm. Duduk la”

“hee. Thanks wan. So, macam hidup sekarang? Lama tak dengar cerita ?”

“hidup? Macam ni lar tyra, penuh debu-debu”.
Si kecik tersenyum ! Iya ! Dia tersenyum padaku ! Haha. Aku gembira, bunga-bunga cinta yang ingin ku lupakan seolah berputik kembali. Arggh. Mungkin inikah yang dinamakan cinta? Hati gembira terasa bila kau tersenyum padaku, kecik!

“haaa. Debu? Debu apa tu wan?”

“hurm. Debu-debu cinta, orang selalu kata cinta itu bunga yang tumbuh mekar di hati kita, tapi untuk saya. Cinta itu biar jadi debu dari ia terus layu”,

“mungkin kan. Mungkin kan wan, bunga tu tak layu, tak juga jadi debu. Tapi mungkin kau tak tahu nak bukak pintu taman itu, mungkin?”

“haaha. Ada taman ke? Ouhh. Tpi saya yakin tyra, saya dah jumpa pintu itu, saya dah jumpa kuncinya, tapi ia diragut dari saya di saat-saat akhir”

“kunci itu tak pernah diragut wan”, bisik Atira perlahan namun jelas kedengaran di teling Wan. Kehangatan jelas terasa.
“Andai kunci itu tak pernah diragut, izinkan aku membukanya tira?”

“kunci itu tidak pernah diragut, tapi pintunya sudah bertukar kunci. Wan, dalam hidup ni kita menunggu bermacam-macam perkara. Banyak perkara wan, namun siapa saja yang dapat perkara yang di ingini itu ? Tak semua wan. Dalam dunia ni, keikhlasan bukan perkara utama. Manusia sentiasa dikaburi hijab sang dunia yang sentiasa menghasut. Kita berpegang pada takdir, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Yakin pada takdir tuhan, andai cinta itu benar-benar lahir ikhlas dengan izinNya, insyaAllah bersemi. Kita akan selalu menjadi orang yang berserah pada takdir”
Aduhh. Kata-kata si Kecik membunuhku ! Aku kalah bermadah-madah bersama dia. Hati ini terasa kerdil, diri terasa kosong. Sang cinta terus mengajar aku menutur lagi kata-kata.

“Aku rela menjadi penunggu , kalu aku terpaksa menjadi pereman cinta, aku sanggup tira. Biar aku kalah , asal aku dapat apa yang aku idamkan. Aku tidak mahu menjadi sang mantan”

“kau penuh semangat , teruskan. Aku doakan kebahgiaan kau”, aku terpempan. Air mataku seolah bergenang. Aku memandang langit yang tadinya tersenyum. Argh. Sekarang ia seolah semakin gelap, malap tanpa cahaya .

“aku bukan penuh semangat, tapi”

“tapi?”

“aku penuh cinta, selamat petang cinta.”

Aku terus berlalu tanpa menoleh. Aku mengaku aku kalah. Aku terlalu rapuh untuk apa yang dinamakan CINTA. Andai pernah dahulu, aku menyatakan aku ini TEGAR. Namun, hari ini, detik ini, aku yakin aku sudah lemau. Airmataku sahaja seolah mentertawakan aku. Dia hampir sahaja jatuh. Jatuh jauh di depanmu. Tapi KECIK, aku pegang kata kau ! Akan ku ikhlaskan diri ini, akan ku ikhlaskan cinta ini, akan ku semai dengan iman yang kukuh . Aku yakin dengan takdir Tuhan. Tuhan yang menemukan kita, dan aku redha andai Tuhan akan memisahkan kita. Aku rela KECIK.

Aku terus mengambil secebis kertas, jauh dari si KECIK. Mataku menerawang memandang Wanyrah FC yang sibuk memasang khemah, tertawa riang bak burung berkicauan. Aku ? aku malah terus menggila bersama buaian perasaan tanpa henti. Tanganku ligat menulis..
“Gadisku kecik,

Andai aku terpaksa menjadi PETANI..aku sanggup.
Andai aku terpaksa menjadi TUKANG KEBUN..aku sanggup.
Andai aku terpaksa menjadi TUKANG SAPU..aku sanggup.
Andai aku terpaksa menjadi PENYIRAM BUNGA ..aku sanggup.
Asalkan..

Aku dapat menuai cinta kita agar tumbuh mekar..
Aku dapat menyemai benih benih cintaku di taman hatimu..
Aku dapat menyapu semua debu-debu di hati ku ini lagi akan ku kumpulkan kembali menjadi gumpalan cinta yang kukuh..
Aku dapat menyiram cinta yang tumbuh mekar itu agar tidak pernah dan tidak akan layu .
Aku sanggup , kecik. Aku sanggup.
By, pereman cinta.
Jangan pernah mempolitikkan cinta!”
Kertas itu ku lontar jauh! Jauh! Biar hutan sahaja memahami maksudku , niat suciku. Aku mahu tabah dan terus tabah .

****************************************

“Aishhhhhh. Punyalah biadap ni orang waa, maw umbam barang pun agak-agaklah jo ! Ni time time orang”, terbantut kata-kata Farid di situ. Farid memungut kertas di tanah yang sudah basah .
“kertas apa ni?"
“huh ? by pereman cinta”
Farid meneruskan langkahnya, melajukan hayunan kakinya. Dia melambai-lambai tangan kearah Zed dan Emy. Muka zed mulai berkerut, Emy tercengang.
“Napa kunun ko farid ?”, Zed memulakan bicara.
“Uish. Gilak ni jo. Baca-baca. Hasil karya pereman cinta. DOnt You guys thinking what im thinking ?”. Emy tersenyum nakal, mata terus bertentang dengan Zed. Fikiran mereka mulai menggila! Masing-masing tersenyum tidak ubah seperti kambing ! Haha .

“aku dulu baca wuiii”, Zed cuba menarik kertas itu dari Farid.
“Woi. Woi. Woi . Bawa-bawa bertenang , kenapa kamu ni. Nah, cus dulu kita, baru la adil”, Emy mematah-matahkan jarinya tanda bersedia menyahut cabaran Farid. Zed tidak mahu kalah, dia terut memicit-micit lehernya. Farid sekadar menggeleng kan kepala tanda bingung melihat kelakuan dua sahabat baik itu.
Satu ! dua ! tiga !
“yeahhhhhhh ! aku baca tuk kamu!”, Emy tertawa gembira. Lagaknya masih sama seperti enam tahun dahulu. Zarinah memuncungkan mulutnya ke depan tanda tidak puas hati.

“okay, fine. Cepatlah emi. Baca !”, Farid menyarankan.
Kelopak mata emi dibesarkan. Hatinya berdebar membuka naskah cinta sakti milik si pereman cinta ? Siapakah dia ? Lidah ligat menyusun kata.
“Gadisku kecik,
Andai aku terpaksa menjadi PETANI..aku sanggup.
Andai aku terpaksa menjadi TUKANG KEBUN..aku sanggup.
Andai aku terpaksa menjadi TUKANG SAPU..aku sanggup.
Andai aku terpaksa menjadi PENYIRAM BUNGA ..aku sanggup.
Asalkan..
Aku dapat menuai cinta kita agar tumbuh mekar..
Aku dapat menyemai benih benih cintaku di taman hatimu..
Aku dapat menyapu semua debu-debu di hati ku ini lagi akan ku kumpulkan kembali menjadi gumpalan cinta yang kukuh..
Aku dapat menyiram cinta yang tumbuh mekar itu agar tidak pernah dan tidak akan layu .
Aku sanggup , kecik. Aku sanggup.
by, pereman cinta.
Jangan pernah mempolitikkan cinta!”

Mata bertentang mata. Mata saling berkata-kata. Lidah seolah kelu. Sedikit air mata bergenang tanda ia terasa di jiwa. Mereka faham bagaimana laranya hati seorang insan sehingga sanggup menjadi pereman? Pereman cinta ? Suara menjadi mati. Tiada bunyi kedengaran. Hanya kicauan burung menyemarakkan perasaan masing-masing. Perasaan yang tadinya gembira berubah simpati. Sebenarnya apa yang terjadi antara Gadis Kecik dan Pereman Cinta tadi? Kenapa harus begini jalan ceritanya ? Semua terus tertanya-tanya. Diam tanpa jawapan tatkala awan semakin rela melabuhkan tirainya .

Di sudut yang lain, kelihatan dua sejoli gembira melebarkan sayap ruyupnya dalam alunan syahdu. Ombak-ombak cinta melambung-lambung perasaan dan jiwa si sejoli.
“As, happy birthday ~!”

“ouhh. Thanks is. Is, hidupkan lah api tu, sejuk ni malam-malam”

“As..”, pandangan Is tepat ke mata As.

“ya? Kenapa?”

“macam na kisah kita?”

“kisah apa ni Is? Is dah wish happy birthday dah kira ok lar tu, apa lg, hadiah ? x payah lar is. Macam x biasa”.

“As..”

“Is..”

“ Kata lepas SPM, ni dah nak abiz degree dah”

“Kalau wan sudi jadi penunggu setia kenapa tidak Is?”

“Mungkin Is kalah dengan wan. Atau maybe is kalah dengan As?”

“Mungkin juga, tapi kita tahu kan, apa kita rasa. Is, takkan pernah padam perasaan ini is”, Is tersenyum, penuh makna, rasa bahagia di hati usah digambar . Usah di katakan. Terlalu jahil bagi kita mentafsir perasaan cinta yang suci.

Jauh di sudut hati As, dia tetap rasa bersalah. Sebelum kedatangan Is sempat saja hatinya hampir berpaling kepada..teman rapat Is. Aisshh. ‘aku buntuh waktu tu, aku ingat dia tak ingat aku lagi, is, is. Terima kasih!’, gerutunya sendiri.
Matanya bersinar-sinar memandang Miss Teddy bahagia terduduk di riba As. Miss Teddy setia menjadi saksi bahagia insan ini, bahagia tidak terhingga. Memang benar kata orang, “lebih baik kita berteman , rasanya seperti cinta, dari kita bercinta, rasanya tak ubah seperti berperang”. Cinta bukan di semai dengan hawa nafsu namun cinta tulus suci, bagi orang yang mempercayai cinta ! Tidak semua orang percaya cinta itu wujud ! Tidak semua !

Saturday, August 28, 2010

politik cinta wanyra part 3

Cinta itu buta . Dan membutakan . Aku rasa aku tergolong dalam itu !

As duduk termenung di meja belajarnya . Rasa rindu pada Toh Puan semakin membuak-buak.

‘arghh. Rindunya time masa dulu-dulu. Rindunya jawab ADDMATHS yang tak da kesudahan tu. Haha .’,

As tersenyum sendirian mengenang kisah silamnya. Semuanya seperti diulang kembali, setiap detik dia terus digamit memori yang indah tiada kesudahan . Sekarang As dan Emy menuntut di Universiti Malaya setelah menghabiskan matriks mereka .
Zed pula meneruskan pelajarannya ke ASWARA mengejar minatnya dalam bidang seni . Atira ? Dia baru sahaja pulang dari bumi Mesir , menuntut ilmu disana .

As semakin jauh, tenggelam dalam mimpinya . Mimpi indah mengenai Wanyra FC yang lain. Andai pernah suatu ketika dahulu dia hampir menangis takut kehilangan teman-temannya, kini, mereka masih bersama. Wanyra FC masih kekal bersatu. Selamanya!

“wan, andai ko dapat baca hatiku ? hmm. Tidak perlulah aku tertanya-tanya”, sambil mengeluh As meluah kata-kata itu . As memperbetulkan tudungnya sambil mengesat air mata yang mengalir . Dia memegang erat kunci keretanya dan terus keluar melangkah jauh .

Telefon bimbit terus ditekan, di picit setiap punatnya . Lagak As kelihatan seperti orang yang kusut, dia terus mencari sesuatu dalam telefon bimbitnya . Gerakan itu terhenti . Dia telah menjumpainya .

Tidak lama kemudian terdengarlah melodi indah Cinta Terakhir daripada Aiman . Lagu rasmi Wannyra FC. As melayan perasaannya yang sememangnya sakit. Kenapa ? Hanya dia yang tahu, perasaan berbelah bagi .

Emy terus memandang As dari belakang, ada sayu diwajahnya. Ya Allah ! Kenapa harus begini jalan ceritanya ? Kenapa As pula yang sagut ni ? Emy membatalkan niatnya untuk pergi berjumpa As, dia yakin waktu ini As perlu bersendirian .

Sang senja terus tekun memandang wajah sang sahabat menerokai perasaan masing-masing.

Gundah gulana !

* * * * * * * * * * *

Langkah kakinya semakin laju diorak tanpa sekali pun menoleh kebelakang. Bersama beg kemas di tangan, Kapten Iskandar gagah melangkah. Setiap mata terus mengekorinya , tidak mahu lepas dari sosok wajah memikat sukma Kapten Iskandar .

Iskandar menoleh jam tangan levi’s nya . jam menunjukkan pukul 6.30 pagi . Tarikh-3 oktober 2016 . Birthday As ! Jantung Is mula berdegup makin kencang, hati mula tertanya-tanya, “haruskah aku datang jumpa As? AiK. Baik tak payah la kan ? aisshh”. Is terus bermain dalam emosinya sendiri.

Is memandang Teddy Bear berwarna Merah Jambu digenggamannya. Dia bertambah yakin, yakin untuk bertemu Wanyra Fc yang lain, niat sebagai TEMAN. Ya ! Dia makin yakin dengan kata-kata itu, TEMAN !

Iskandar terus meluncur laju menuju ke rumahnya sebelum meneruskan trip ke Kota Belud bersama-sama Wanyrah fc yang lain.

* * * * * * * *

Atira . Nama yang indah, namun keindahan itu cukup tersekat dinamanya, hatinya masih kosong, penuh kesedihan, penuh kedukaan . Dia duduk bersimpuh di suatu sudut. Bersama wajahnya yang kusam, lesuh, dan matanya merah menahan tangis .

“Ya Allah, andai ini takdirmu. Aku terima ya Allah .”

“Atira”, Atira tergamam. Satu suara lembut , sayu di telinganya. Dia arif suara itu. Atira menoleh !

Dia kembali ke dunia nyata, tidak mungkin dihadapannya ada WAN ! Dia menoleh wajah tadi dengan senyuman terukir di bibirnya , amat nyata ia hanya sebuah senyuman paksa .

“Atira sayang, kenapa mesti macam ni? Kenapa tira perlu menangis setiap hari ? Maafkan saya kalau ..”,
“Maaf”, satu ucapan ringkas dari Atirah . Ucapan yang telah mematikan semua kata. Firas semakin resah .

Firas memandang wajah sayu Atira, isterinya. Penuh hiba. Dia tahu dia bukan sesiapa dibandingkan orang yang Atira cintai. Namun, takdir menemukan mereka. Dia ikhlas menerima Atira, dia rela , dia sayang. Namun, itu tidak pada Atira ! Firas berjanji di hatinya , dia pasti akan bahagiakan gadis kecil itu. Pasti !

Firas memegang erat jari-jemari Atira , mata mereka benar-benar bertaut ! Ya ! Bertaut tanpa kata. Mata mereka seolah berbicara sendirian . Mata Atirah terus berkata , ‘maaf. Aku bukan untukmu’, dalam fantasi mata Firas terus memujuk Atira. Akhirnya Atira tunduk, tidak mampu meneruskan pandangan. Pandangan Firas terlalu ampuh untuknya seorang wanita. Sekali lagi Atira mengalirkan airmata. Beban di dada seolah tidak mampu ditanggungnya . Wan, maafkan aku , maaf ! Walau aku tidak mencintaimu, aku tidakkan sanggup menjadi penghancur hatimu .

Firas berlalu, tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan , wajah Atira jelas penuh kedukaan, keresahan. Atira, maafkan aku andai ini kerana aku !


Malam semakin larut dalam kesejukan embun yang menitis, Aku masih tidak berganjak dari kaki lima masjid Al-amin. Fikirannya menerawang mencari jalan keluar. Selama 6 tahun aku menunggu,akhirnya aku menerima satu pembalasan tragis yang belum pernah sekalipun terlintas di benaknya. Si Kecik menjadi milik orang !

“wan, wan, sampai bila macam ni ha ?”, wajah seorang tua kelihatan merapati aku .
“tuk !”, aku memegang erat tapak tangan orang tua itu dan menciumnya. Orang yang sememangnya memberikan aku inspirasi dalam meneruskan kehidupan.
“Wan, orang kata , cinta itu buta. Kau percaya ?”.
“Mungkin. Kerna saya rasa saya juga telah dibutakan cinta, tuk. Haha”
“Wan, atuk rasa kau mulakan hidup yang baru. Tanpa gadis yang bernama Atirah. Ingat dia sebagai teman rapat yang paling kau sayang. Jangan terus menyiksa diri kau, wan ! Kami di masjid ni masih perlukan kau wan, perlukan tenaga muda macam kau untuk membantu membangunkan masjid ni wan.”, aku memandang wajah sugul orang tua itu. Aku mengeluh, tidak memberi sebarang jawapan. Hatiku buntuh. Si kecik terlalu ampuh untuk disingkirkan .
“Atuk, walaupun dia bukan yang pertama tuk, tapi saya yakin dia yang terakhir, itu saya pasti. Dia memang yang terakhir !”, orang tua itu tadi menggeleng-gelengkan kepalanya. WAN, pemuda tegar yang dikenalinya sejak dulu lagi, kini tewas di tangan cinta . Dia beristigfar di dalam hati.

Aku memandang sekitar masjid Al-amin. Setiap sosok kenangan terimbas tanpa dipinta. Benar kata Atuk ! Tidak mungkin aku menjahanamkan diriku hanya kerana cinta ! Tidak !

“Tuk, atuk jangan risau. Saya akan tetap disini. “, kataku ringkas. Atuk menepuk-nepuk belakangku tanda memberi semangat . Aku berpura-pura kuat namun dalamanku masih terlalu sakit , lemah !

Melupakan Si Kecik adalah terbaik buat masa ini. Ya ! Aku yakin. Selamat tinggal gadis kecikku, terima kasih atas semua memori ini.

Matahari pagi tanpa segan silu menjelma mengejutkan semua makhluk di muka bumi Ya Rabb ini. Tatkala itu juga, kelibat aku memecut motorku laju membelahi jalan raya Kota Kinabalu kelihatan. Hari ini aku mahu menjadi aku. Aku mahu mencari diriku kembali, WAN ISKANDAR yang sebenar. Aku mahu kembali ceria bersama Wanyrah FC ... Wanyrah ? Tidak ! Aku mahu kembali ceria bersama Teman-temanku yang lain.

Aku sampai di Centre Point, Sabah tepat pukul 11.30 pagi. Mataku berlari-lari melihat gelagat manusia yang pelbagai. Ada yang memakai tudung namun belakang tetap sahaja diplayang! Manusia zaman sekarang !

Aku mempercepatkan langkahku ke tingkat tiga, untuk ke Kedai Buku Eton’s . Sedang sibuk aku menghayun langkah, langkah ku terganggu dek sesuatu . PARGGGHH.
to be continued...
p/s ::: segala bentuk cadangan dan komen boleh ditulis di Comments box :D