♥ sila - sila ♥

^^ SELAMAT DATANG ^^

untuk mengabadikan kenangan ini , blog wanyrah FC kembali dibuka ^^ , kepada pembaca baru , start baca dr PART SATU okay ! tgk sidebar utk buka LINK PART SATU , enjoy .

Saturday, August 28, 2010

politik cinta wanyra part 3

Cinta itu buta . Dan membutakan . Aku rasa aku tergolong dalam itu !

As duduk termenung di meja belajarnya . Rasa rindu pada Toh Puan semakin membuak-buak.

‘arghh. Rindunya time masa dulu-dulu. Rindunya jawab ADDMATHS yang tak da kesudahan tu. Haha .’,

As tersenyum sendirian mengenang kisah silamnya. Semuanya seperti diulang kembali, setiap detik dia terus digamit memori yang indah tiada kesudahan . Sekarang As dan Emy menuntut di Universiti Malaya setelah menghabiskan matriks mereka .
Zed pula meneruskan pelajarannya ke ASWARA mengejar minatnya dalam bidang seni . Atira ? Dia baru sahaja pulang dari bumi Mesir , menuntut ilmu disana .

As semakin jauh, tenggelam dalam mimpinya . Mimpi indah mengenai Wanyra FC yang lain. Andai pernah suatu ketika dahulu dia hampir menangis takut kehilangan teman-temannya, kini, mereka masih bersama. Wanyra FC masih kekal bersatu. Selamanya!

“wan, andai ko dapat baca hatiku ? hmm. Tidak perlulah aku tertanya-tanya”, sambil mengeluh As meluah kata-kata itu . As memperbetulkan tudungnya sambil mengesat air mata yang mengalir . Dia memegang erat kunci keretanya dan terus keluar melangkah jauh .

Telefon bimbit terus ditekan, di picit setiap punatnya . Lagak As kelihatan seperti orang yang kusut, dia terus mencari sesuatu dalam telefon bimbitnya . Gerakan itu terhenti . Dia telah menjumpainya .

Tidak lama kemudian terdengarlah melodi indah Cinta Terakhir daripada Aiman . Lagu rasmi Wannyra FC. As melayan perasaannya yang sememangnya sakit. Kenapa ? Hanya dia yang tahu, perasaan berbelah bagi .

Emy terus memandang As dari belakang, ada sayu diwajahnya. Ya Allah ! Kenapa harus begini jalan ceritanya ? Kenapa As pula yang sagut ni ? Emy membatalkan niatnya untuk pergi berjumpa As, dia yakin waktu ini As perlu bersendirian .

Sang senja terus tekun memandang wajah sang sahabat menerokai perasaan masing-masing.

Gundah gulana !

* * * * * * * * * * *

Langkah kakinya semakin laju diorak tanpa sekali pun menoleh kebelakang. Bersama beg kemas di tangan, Kapten Iskandar gagah melangkah. Setiap mata terus mengekorinya , tidak mahu lepas dari sosok wajah memikat sukma Kapten Iskandar .

Iskandar menoleh jam tangan levi’s nya . jam menunjukkan pukul 6.30 pagi . Tarikh-3 oktober 2016 . Birthday As ! Jantung Is mula berdegup makin kencang, hati mula tertanya-tanya, “haruskah aku datang jumpa As? AiK. Baik tak payah la kan ? aisshh”. Is terus bermain dalam emosinya sendiri.

Is memandang Teddy Bear berwarna Merah Jambu digenggamannya. Dia bertambah yakin, yakin untuk bertemu Wanyra Fc yang lain, niat sebagai TEMAN. Ya ! Dia makin yakin dengan kata-kata itu, TEMAN !

Iskandar terus meluncur laju menuju ke rumahnya sebelum meneruskan trip ke Kota Belud bersama-sama Wanyrah fc yang lain.

* * * * * * * *

Atira . Nama yang indah, namun keindahan itu cukup tersekat dinamanya, hatinya masih kosong, penuh kesedihan, penuh kedukaan . Dia duduk bersimpuh di suatu sudut. Bersama wajahnya yang kusam, lesuh, dan matanya merah menahan tangis .

“Ya Allah, andai ini takdirmu. Aku terima ya Allah .”

“Atira”, Atira tergamam. Satu suara lembut , sayu di telinganya. Dia arif suara itu. Atira menoleh !

Dia kembali ke dunia nyata, tidak mungkin dihadapannya ada WAN ! Dia menoleh wajah tadi dengan senyuman terukir di bibirnya , amat nyata ia hanya sebuah senyuman paksa .

“Atira sayang, kenapa mesti macam ni? Kenapa tira perlu menangis setiap hari ? Maafkan saya kalau ..”,
“Maaf”, satu ucapan ringkas dari Atirah . Ucapan yang telah mematikan semua kata. Firas semakin resah .

Firas memandang wajah sayu Atira, isterinya. Penuh hiba. Dia tahu dia bukan sesiapa dibandingkan orang yang Atira cintai. Namun, takdir menemukan mereka. Dia ikhlas menerima Atira, dia rela , dia sayang. Namun, itu tidak pada Atira ! Firas berjanji di hatinya , dia pasti akan bahagiakan gadis kecil itu. Pasti !

Firas memegang erat jari-jemari Atira , mata mereka benar-benar bertaut ! Ya ! Bertaut tanpa kata. Mata mereka seolah berbicara sendirian . Mata Atirah terus berkata , ‘maaf. Aku bukan untukmu’, dalam fantasi mata Firas terus memujuk Atira. Akhirnya Atira tunduk, tidak mampu meneruskan pandangan. Pandangan Firas terlalu ampuh untuknya seorang wanita. Sekali lagi Atira mengalirkan airmata. Beban di dada seolah tidak mampu ditanggungnya . Wan, maafkan aku , maaf ! Walau aku tidak mencintaimu, aku tidakkan sanggup menjadi penghancur hatimu .

Firas berlalu, tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan , wajah Atira jelas penuh kedukaan, keresahan. Atira, maafkan aku andai ini kerana aku !


Malam semakin larut dalam kesejukan embun yang menitis, Aku masih tidak berganjak dari kaki lima masjid Al-amin. Fikirannya menerawang mencari jalan keluar. Selama 6 tahun aku menunggu,akhirnya aku menerima satu pembalasan tragis yang belum pernah sekalipun terlintas di benaknya. Si Kecik menjadi milik orang !

“wan, wan, sampai bila macam ni ha ?”, wajah seorang tua kelihatan merapati aku .
“tuk !”, aku memegang erat tapak tangan orang tua itu dan menciumnya. Orang yang sememangnya memberikan aku inspirasi dalam meneruskan kehidupan.
“Wan, orang kata , cinta itu buta. Kau percaya ?”.
“Mungkin. Kerna saya rasa saya juga telah dibutakan cinta, tuk. Haha”
“Wan, atuk rasa kau mulakan hidup yang baru. Tanpa gadis yang bernama Atirah. Ingat dia sebagai teman rapat yang paling kau sayang. Jangan terus menyiksa diri kau, wan ! Kami di masjid ni masih perlukan kau wan, perlukan tenaga muda macam kau untuk membantu membangunkan masjid ni wan.”, aku memandang wajah sugul orang tua itu. Aku mengeluh, tidak memberi sebarang jawapan. Hatiku buntuh. Si kecik terlalu ampuh untuk disingkirkan .
“Atuk, walaupun dia bukan yang pertama tuk, tapi saya yakin dia yang terakhir, itu saya pasti. Dia memang yang terakhir !”, orang tua itu tadi menggeleng-gelengkan kepalanya. WAN, pemuda tegar yang dikenalinya sejak dulu lagi, kini tewas di tangan cinta . Dia beristigfar di dalam hati.

Aku memandang sekitar masjid Al-amin. Setiap sosok kenangan terimbas tanpa dipinta. Benar kata Atuk ! Tidak mungkin aku menjahanamkan diriku hanya kerana cinta ! Tidak !

“Tuk, atuk jangan risau. Saya akan tetap disini. “, kataku ringkas. Atuk menepuk-nepuk belakangku tanda memberi semangat . Aku berpura-pura kuat namun dalamanku masih terlalu sakit , lemah !

Melupakan Si Kecik adalah terbaik buat masa ini. Ya ! Aku yakin. Selamat tinggal gadis kecikku, terima kasih atas semua memori ini.

Matahari pagi tanpa segan silu menjelma mengejutkan semua makhluk di muka bumi Ya Rabb ini. Tatkala itu juga, kelibat aku memecut motorku laju membelahi jalan raya Kota Kinabalu kelihatan. Hari ini aku mahu menjadi aku. Aku mahu mencari diriku kembali, WAN ISKANDAR yang sebenar. Aku mahu kembali ceria bersama Wanyrah FC ... Wanyrah ? Tidak ! Aku mahu kembali ceria bersama Teman-temanku yang lain.

Aku sampai di Centre Point, Sabah tepat pukul 11.30 pagi. Mataku berlari-lari melihat gelagat manusia yang pelbagai. Ada yang memakai tudung namun belakang tetap sahaja diplayang! Manusia zaman sekarang !

Aku mempercepatkan langkahku ke tingkat tiga, untuk ke Kedai Buku Eton’s . Sedang sibuk aku menghayun langkah, langkah ku terganggu dek sesuatu . PARGGGHH.
to be continued...
p/s ::: segala bentuk cadangan dan komen boleh ditulis di Comments box :D

Friday, August 27, 2010

politik cinta wanyrah part 2

Dia ? Aku yakin, itu dia ! si KECIK , akhirnya kau muncul. Tapi ? siapa yang di sebelah engkau KECIK ? siapa ? memang benar kata orang, segalanya ketentuan Tuhan. Sekali lagi aku tewas, tidak mungkin kau berpegangan tangan dengan seorang lelaki andai kau belum bernikah ! Jadi ?
Ya Allah, hambamu ini tewas lagi. Tewas sebelum melangkah . KECIK, sekali lagi kau milik orang. Aku terus jatuh, longlai, bersama helmetku kemas di tangan, terhenti sebentar dari dunia nyata . Rupanya aku memang seorang yang tewas, tewas darimu KECIK . Bukankah sudah aku katakan, aku akan menunggu dirimu, bukan kah KECIK ? Argh. Sudah ~!

Kau tidak kecil lagi , kau sudah boleh berfikir, kau sudah boleh memilih, andai itu takdirnya . Tidak semena-mena air mata keegoaanku yang kemas ku tatang penuh mengalir hari ini. Melihat kau seperti sudah bahagia bersama DIA. Siapa dia ?


Hari ini aku nekad bertemu dengan Wanirah FC – Zed, Emy, Farid dan Masnih . Soalan pertama yang ingin ku ajukan ialah BILA ATIRA JADI MILIK ORANG ? Mulutku seperti tidak sabar meluahkan kata-kata itu, amat pedih rasanya terus memendam perasaan ini, semakin lama, semakin pahit . Aku yang merasa, aku yang sakit, aku yang merasa, orang hanya melihat, orang hanya memberi, orang hanya menghalang, tidak pernah merasai. Aku tekad untuk meluputkan si KECIK dari diriku walau ini baru bermula andai benar si KECIK milik orang.



“Assalamualaikum wawan !”, sapa Zed dengan girang. Emy dan Masnih membontoti Zed dari belakang . Farid tetap tenang di atas meja . Restoran Secret Recipe , Warisan Square menjadi saksi pertemuan kami hari ini.



“Aisehh wan , termenung Nampak, teringatkan TUUUTT laaa ni kan, kan ? hahaah”, Emy mula mengacauku. Emosiku makin tak terkawal, buat apa aku mengharap kasih milik orang ? Aku terus meneguk hot chocholate tanpa menoleh kearah mereka, Farid hanya menggeleng.



Wanirah FC yang lain senyap seketika . Muka aku tidak ubah seperti kucing hilang anak. Ya! Memang hilang ! Hilang ! Tapi bukan anak yang hilang tapi si KECIKku yang hilang .



“aik ?orang main-main pun maw marah ka ?so wan, straight to the point jak, napa jua ko maw jumpa ni ? ada problem ka ?”, Emy menerus menembakku. Aku memandang Farid tajam terus bersilih ganti dengan Emy, Zed dan Masnih.


“Dia dah kawin ka ?” .

Huarghh . Tersedak coke yang diminum masnih . Aku mula rasa ada yang lain, mungkin benar tekaanku atau ? Masnih cuba mengawal keadaan. Mukanya merah padam . Aku memandang Emy meminta jawapan . Namun tiada suara yang ku dengar, Zed pura-pura sibuk bermesej . Arghh!


Aku menghentak meja lantas berdiri. Aku sudah pasti, pasti, perjalanan aku dan dia selama ini, akhirnya sudah sampai ke titik noktah. Belum sempat aku keluar , Farid menahan tanganku .


“Bro, bukan kami taknak bagi tau ko, tapi ni permintaan Atira sendiri, maaf bro! Kami hormat KECIK dan kami sayang kau juga. Sorry”, muka Farid memberi seribu jawapan. Aku duduk kembali. Memegang kepalaku erat. Arghh .

“Tuh dah cukup baik dah tuh wan , kami tak bagitau ko, kalau kau sendiri Nampak si KECIK bersanding atas pentas tu, ada yang kau pengsan satu tahun wan”, tanpa segan silunya Meme dari belakang memulakan bicara. Andai dapat ku libas mulut si Meme sekarang, akan ku jadikan realiti. Namun, mengingatkan senyuman ikhlas si Meme, aku sabar. Tapi memang benar, dapatkah aku terus teguh melihat dengan mata kepalaku sendiri si KECIK di atas pelaminan ? Argh. Tidak ! Tidak mungkin ! bak kata Ummi, yang masih segar di ingatan .



“wan, aku rasa begini la wan, baik aku terus terang, sebenarnya KECIK dijodohkan dengan Firas pun pasal parents dia . Aku harap kau faham, dia pun tersepit .”, tiba-tiba As muncul. Aku tekun mendengar walaupun masih runsing dari mana datang dua ekor ni – As dan Meme.



“Kenapa dia terima ?”


“Budi dan kasih sayang”, ringkas Emy menjawab.


Aku keluar dari restoran itu. Tidak mampu melihat wajah Wanirah FC lagi. Sepertinya wajah DiA terus muncul di celahan biji mataku , dia seperti melambai-lambai ke arahku sambil menjerit , “wannnn” !



Dengan gaya seperti Awie dalam cerita Sembilu, aku dengan machonya memecut motorku kembali ke masjid. Ya, masjid la tempat paling sesuai untukku pergi sekarang dan tempat yang selalu ku habiskan masaku.



Motorku terus gagah membelahi petang dengan beraninya. Wanirah FC yang lain masih berada di Warisan Square.

***** ***** **** *****

“Aku macam mau nangis sudah ni mi”, Zed memulakan bicara.

“Wii, astaga, jan kau gini konon, si wan tuh sedih, patutnya kita yang happykan dia, bukan kau pun ikut nangis, bukannya kurang masalah, tambah masalah nanti”, lancing emy berbicara.


“hahaha . betul tu mi, si zed kalau nangis nda pandai berhenti . haha”, Meme menyambung kata.



As masih termenung, begitu juga Masnih dan Farid . Jelas kerisauan di muka mereka .

“Tyra dah kawin, wan dah patah hati, jadi macam dengan Wanirah FC ni ? Di hancuss kan ka ? Wan pun macam dah putus asa tu”, meme memulakan usul walaupun jelas kelihatan usulnya seratus peratus *bullshit.

“Meeeeeeeeeeeee, kalau bercakap tu, agak-agak la ba juga, Wanirah FC ni ditubuhkan pun bukannya untuk Wan dan si KECIK tu betul-betul kapel, kan tuk kawan-kawan jak, aishh. Ni jak la kenangan kita zaman dolu-dolu. Bayangkan kalau Amin pulang ke Malaysia dari Australia nanti, mesti dia ketawa tgk kita Wanirah FC masih kumpul ramai-ramai.”, panjang lebar Emy menerangkan situasi sebenar kepada Meme . Almaklumlah Emy lah antara peneraju Wanirah FC ni.

Matahari hamper melabuhkan tirainya sambil memandang kelima-lima orang sahabat ini berbincang bagaimana meredahkan amukan seorang romeo yang jelas sudah gagal menagih cinta Julietnya.

Tapi Tuhan itu maha Adil, andai mereka mempunyai jodoh , takkan kemana.

Wanirah , sabar menghadapai dugaan. Cinta tidak semestinya memiliki.

Cinta bukan untuk dipolitikkan !


Thursday, August 26, 2010

politik cinta wanirah ~

Angin terus bertiup sayu , terus membelahi malam , terus melenyapkan aku dalam khayalanku . Aduuhh, gadis KECIK, andai kau dapat merasai segenap perasaanku ini, tidaklah aku terasa sebeban ini . aku tidak mahu terus menjadi sang mantan, tidak juga berani menyatakan AKU SAYANG KAMU . Namun, aku tetap dengan janjiku , akan ku hidupkan semula jiwaMU dengan nafas cintaku . Itu janji aku .



Malam itu ku isi dengan semua kenanganku bersama Wanirah FC , 4 tahun lalu . Setiap raut wajah mereka tetap segar diingatan . Rinduku pada DIA masih dalam, sedalam dulu, malah makin dalam dan aku makin hanyut. DIA benar-benar ombak yang gah melambung-lambungkan perasaan aku . Arghh !!


Tuhan, andai itu takdirmu, temukan aku dengan DIA ya Allah . Aku terlalu menyanyangi Dia yaAllah . Empat tahun terlalu lama buatku . Kini, DIA sudah pulang, aku akan menyambut kepulangnya dengan cinta. Ya! Cintaku yang tulus , suci . Adakah dia masih seperti dulu ? aku terus tertanya-tanya . huu~

PAGI ini aku seperti biasa . Dengan memakai t-shirt dan seluar , aku keluar . aku masih seperti dahulu, tiada yang berubah. Langit seolah-olah sedih melambai kepergianku, hujan pun turun. Aduhh ! Inilah padahnya orang yang membawa motor, ada saja halangan . Aku duduk di atas motor sambil fikiranku menerawang mengigatkan Is yang sudah lama terbang, ya, terbang menjadi pilot. Aku ? Masih duduk di sini, memakai motor yang sama . haha. Yang penting masih membawa cinta yang sama . Biar orang kata aku bertepuk sebelah tangan, asalkan DIA tahu cintaku padanya tak pernah kurang .


Alhamdulillah, akhirnya hujan berhenti ! SYUKUR ! abis sahaja aku mengelamun disambut pula dengan berhentinya hujan. Haha ~! Aku tanpa leka, menhidupkan enjin motor aku dan terus memecut laju ke Sembulan .