♥ sila - sila ♥

^^ SELAMAT DATANG ^^

untuk mengabadikan kenangan ini , blog wanyrah FC kembali dibuka ^^ , kepada pembaca baru , start baca dr PART SATU okay ! tgk sidebar utk buka LINK PART SATU , enjoy .

Sunday, September 5, 2010

politik cinta wanyrah part 5

JAHAT ! BUDAK JAHAT ! Jahatnya kamu Atira! Jahatnya , kenapa kau senyum-senyum sana ha ? Ish. Kau tahu aku mahu lupakan kau , kenapa kau perlu tertawa manja menujah-nujah pertahanan jiwaku yang seakan mahu runtuh melihat senyumanmu atirah. Penat ku gumpal rindu ini, kau tambah rindu ini. Sayang, terlalu indah namamu, terlalu indah buatku.


“Wan ! Jom lah makan wan, sedap tul ayam si Is panggang ni, nda da sua rasa dia. Haha”, Emy tertawa riang, sama seperti si kecik ku.
“okay-okay”, ringkas jawapanku sambil mendekati mereka.

 
“Wan, duduk sinilah”, Huh ? Atira mahu aku duduk dekat dengan dia ? Biar betul? Kecik, kau jangan ! Jangan pernah memberi benih cinta untuk aku semai kembali. Aku tergamam seketika, naluri cinta membuak-buak meminta untuk tumPah. Ku gagahkan kakiku, melangkah , dan duduk di atas kayu sakti yang menanggung beban berat aku dan si kecik! Ouhh indahnya. Di bawah sinaran sang suria, kami duduk bersama.


“Nah wan, sedap tau”, ringkas bibir munggilnya berbicara.
“thanks”, jawabku ringkas.
Aku memengang ayam panggang yang di potong kecil oleh si kecik, mata kami bertaut. Ayam bertuah di tangan menjadi saksi mata kami berbicara, bicara soal ? iya, soal cinta . Yang hampir terkubur. Ayam tersekat perjalanannya. Ayam kemas di jari dua pasangan yang sedang menabur cinta. Kalau orang kata cinta itu semanis caramel sekarang biar aku buktikan AYAM PANGGANG ini menjadi saksi cinta aku padamu kecik. Tidak ku lepaskan pegangan ayam itu, si kecik juga tidak ! Masing-masing tekun dalam lamunan rindu.


Wanyrah Fc yang lain langsung menjadi buta. Buta menghadap ayam panggang. Si kecik dan aku? Terus memandang ayam yang kemas di tangan. Tira, jangan lepas ayam tu tyra. Jangan, okay? Aku berbicara sendirian. Aku mengaku, rinduku pada si kecik terubat , walaupun sakit.
“ehem-ehem”, Atira berdehem kecil .
“eh sorry, hee”, aku mengambil ayam itu jauh. Argh. Sekejapnya kecik ? Ayam-ayam. Ayam-ayam cinta , akanku jadikan kau mahar cintaku andai kau sudi menjadi saksi di saat hari pengijabkabulan cintaku pada atira. Haha.


“GUYS, teman aku pi sungai luk, cuci-cuci ni piring segala, uik, jan smua pegi, nanti hilang semua barang, wan ko la tinggal”, panjang lebar arahan Zed menyinggah di telingaku. Atira tersenyum memandang aku. ‘Aku suka ni, suka’, dalam style percakapaN Emy. Jelas kelihatan rantai D.T.B dipakai Zed, HURM. Apakah makna D.T.B itu? Emy dan Nassyira turut pernah memakainya . Hurm. Mereka sahaja tahu apakan itu.
“Is, jom is, temankan kami cuci-cuci.”, renungan mata As membunuh Is. Is mengangguk tanda setuju. Farid termenung , cuba mengelak dari mencuci pinggan menemani Is.
“Farid , janlah ko buat muka stay macho, nda jua kami bawa ko, situ jax ko ma c wan. Haha”, aduhh tajam kata-kata Emy menusuk jiwa. Farid tertawa kecil. Atira masih duduk, diam tanpa bicara, senyuman masih terukir . Kenapa kecik ?

“Mi, kamu ja la cuci-cuci. Hee.”, Atira memecahkan keheningan suaranya
Emy mengangguk tanda faham lalu terus berlalu bersama ASIS dan Zed.


Aku memandang Atira dalam sedalam dalamnya. Aku tidak tahu siapa antara kami yang lebih mencintai. Adakah aku yang terlalu memberi cinta yang ada dihatinya ataukah si kecik yang terlalu pintar membeli jiwaku? Melangkah kealam cinta khayalan ku ini, seakan memasuki ruang yang penuh bercahaya. Segala-gala tampak jernih berkilau dan aku mudah percaya pada semua yang kulihat. Namun, hakikatnya aku tersesat didalam lohong cinta. Satu ruang yang amat pedih, gelap dan menyesakkan jiwa. Aku juga tidak mampu mencari jalan keluar. Ada ketika aku bagai diseru, agar terus berdiam di situ kerana sesekali jiwanya percaya, karma cinta tersimpan di situ.
“Atir, Firas ambil ke nanti pulang?”, aku menyoal soalan yang paling bodoh pernah ku ucapkan. Bodoh kerana bertanya mengenai lelaki yang meragut cinta kami.
“Maybe ya”, ringkas jawapannya . Membunuh. Kenapa aku masih terasa masih ada ruang untukku dihatimu, kecik? Kenapa? Berikan aku jawapan. Jiwaku bergelora, rasa tak percaya.
“Tira”, lembut suaraku mendekati cuping si kecik. Jarinya ku genggam halus di bawah lapisan daun cinta.
“Wan”, si kecik cuba melepaskan genggaman jarinya.
Aku menahan jarinya lagi dari terlepas. Aku rindu kau kecik.
“Wan”, sekali lagi dia berusaha melepaskan jarinya. Ku genggam kemas , padu ! Tidak lepas jari si kecik. Aku mahu dia tahu, aku masih merinduinya.
“Wan..please”, kali ini dia melepaskan jarinya dari genggamanku sendiri dan terus berlalu. Aku masih berkeras dalam kelembutan, tidak melepaskan jari si kecik. Kurasa aku telah mengukir senyuman paling manis buatmu kali ini kecik, manis semanis madu, senyumaN Farid Kamil sahaja tidak mampu melawan kemanisan senyuman kasih ku ini, aku yakin. Dengan renungan mata Zulhuzaimy, aku mahu kau cair seperti coklat, kembali kepadaku.

Atira tersenyum. Senyum? Kecik kau suka aku pegang kau?
“wan..”., Dushh! Satu tamparan maut padu bernilai wanita dari si kecik buat aku.Airmatanya mengalir . Mukanya kelihatan merah, merah. Apa aku dah buat?
“wan! Buka mata kau wan, bukak! Tengok depan kau ni, Nur Atirah Jamilus, gadis dari ranau, ISTERI FIRAS, ISTERI FIRAS, aku ulang lagi isteri Firas wan. Kenapa kau baut aku macam ni? Kenapa kau terus siksa aku wan? Aku ni milik orang, bukan Atirah yang dulu lagi. Faham?”, semakin lama semakin dia menikam aku. Terus menerus. Airmatanya deras mengalir. Farid masih tergamam si suatu sudut.
“Kau penipu wan! Kau penipu. Kau kata kau tunggu aku, tapi kau bodoh! Kau tunggu aku macam tunggul, kau tidak kejar aku. Kau yang musnahkan cinta kita”, suaranya mengecil di kala perkataan ‘KITA’ muncul. Aku masih terdiam , merenung matanya.



“Wan, kau tak pernah cipta KEGIGIHAN CINTA buat aku tapi kau kejar KEGIGIHAN CINTA aku. Aku perlukan udara wan. Udara untuk aku bernafas. Dengan nafas cinta kau! Mana janji kau wan? Mana? Sampai diri ini milik orang, kau masih terkejar-kejar.Aku terus menanti. Kau kata kau takkan biarkan sejuta pedang menghunus untuk megguris aku, tapi mana? Bukan sekadar pedang yang mengguris aku tapi aku hampir lemas di lautan kasih sayang palsu ko. Kau bermimpi wan, bermimpi, lupakan aku wan. Tak mungkin kita dapat bersama, tak mungkin. Aku isteri orang, isteri”, esakan SI KECIK semakin kuat. Airmatanya deras mengalir. Jantungku seakan mahu berhenti berdetak. Atira, kau menunggu aku? Benar kecik? Adakah aku selama ini tidak bertepuk sebelah tangan? Benar?
“Ya. Aku akan lupakan kau kalau itu dari kau. Aku luputkan , aku luputkan kau !”, Aku menendang kayu gemuk di hadapannya. Atira tergamam, airmata mengalir tanpa dipinta. Farid berdiri terkejut dengan kelakuanku.


Memang aku bodoh atir, memang, aku gila, gilakan aku sampai aku lupa cipta CINTA kita. Aku memang bodoh, aku akan lupakan aku . Tapi jangan bunuh aku lagi tira, bagitau aku yang kau pun SAYANG aku, kau CINTAkan aku, bagitau tira”
“ya. Memang aku sayang kau . Aku CINTA kau”, aku terdiam. Kata kata Atira menusuk kalbu, jiwa dan ragaku. Kata-kata sakti itu membuatkan aku lelah. Lelah dalam bayangan cintaku. Kecik, kenapa kini baru kau nyatakan cintamu? Kenapa? Aku kira aku benar-benar bermimipi. Kau tidak pernah memberI aku kepastian. Selamanya kau dalam hatiku kecik. Walau lidah ini mengatur bicara bahawa kau akan kulupai namun hatiku tidak pernah gentar untuk mempertahankan cinta kita. Hari ini dalam sejarah. Sejarah berharga buatku. Kau menolak cintaku. Kau mengaku aku dihatimu. Aku bahagia walau tidak memilikimu. Kerana kini aku dapat tanda kepastian itu, kecik. Terima kasih.


Atirah berlalu dengan telefon bimbit di tangan. Aku masih tegang dengan wajah sugul tanpa kata. Farid kembali duduk. Peristiwa di depan matanya tadi cukup mengajar Farid untuk setia, setia. Jangan pernah memberi harapan pada orang lain. Itu pasti. Farid mengesat peluh di dahinya. Baginya, terlalu rumit untuk memahami cinta.


*********************************************
“Assalmualaikum abang”, ada sayu di suaranya.
“Waalaikumsalam,tira.Tira? Aik? Kenapa? Dah rindu ke”, Firas terus mengusik Atira tanpa mengetahui betapa sakit dan hancur perasaan isterinya disana. Tanpa mengetahui betapa bengkaknya mata isterinya.
“Hee. Rindu kali aa.”
“Haha. Ouhh. Kira untung laa ni kan, dah ada orang rindu. Ingat bertepuk sebelah tangan”, bertepuk sebelah tangan? Hah !Ayat yang selalu wan ucapkan. Wan, kenapa cinta kita terhenti di tanda koma ? Kenapa?
“Tira?”, lamunan Atira terhenti.
“ya. Soory. Actually, atir nak pulang hari ni, abang ble ambil tak. Rasa tak sihat”, ada getar di suaranya. Firas dapat menangkap keresahan Atirah. Diam menjadi jawapan setia tatkala kegelisahan merempuh.
“hurm. Okay je. Nanti abang ambil kat tempat hari tu tira cakap kan?”

“yeah. Thanks abang”, airmata yang mengalir dikesat Atira. Tidak mahu mendengarkan Firas esakan airmatanya merontah.

“Hurm.Thanks je? Ni la ni..”

“Hahaa”, Atira pantas tertawa manja. Tergelak mendengar cara pertuturan Firas yang sedikit sebanyak berubah seperti loghat Sabah. Hilang sedikit keresahan dijiwanya. Untung mendapat suami seperti Firas, lelaki yang turut terguris kerana mainan cintanya. Pernikahan yang dijalankan tanpa ikatan cinta.
“Aik, tawa pulak. Betul-betul la. Takkan thanks je?”
“ouuh yakan, Assalamualaikum abang, lupa. Okay, Bye! Ambil tyra taw”, Atira mematikan talian.
Firas tersenyum. Puas. Atira mulai dekat dengannya. Terima kasih tira. Kita sama-sama bina taj mahal cinta kita, walau mahar cinta kau dan dia masih kekal di hatimu.


Atira duduk di satu sudut, dekat dengan Farid. Tenang rasa jiwanya, melepaskan segala yang terbuku di hatinya. Walaupun pahit namun terbaik untuk wan. Untuk Atira juga. Dari rimbunan hutan yang jauh, ASIS , Emy dan Zed datang dengan senyuman manis hingga ketelinga diiringi gelak tawa tiada henti. Tiada satu antara mereka tahu apa yang terjadi antara Wan dan Atirah. Tiada siapa tahu kayu mana yang ditendang, berapa kilo air mata atirah mengalir, tiada yang tahu.
Wan masih termenung. Emy memandang penuh curiga. Dia mendekati Atira .

“Tir, ko nangis?”
“eh, tiadalah”, Emy , As , dan Zed menarik Atira ke air terjun berdekatan. Atira diam seketika.
“Guys, aku pulang kejap lagi. Firas ambil aku”, mereka semua terdiam. Otak ligat bertanya kenapa? Mengapa? Namaun lidah keluh, bibir membuka untuk menutur bicara.


=“Okay, kami faham”, ringkas Emy menjawab.
“Kamuu...”, lama lagaknya bunyi itu. Atira memeluk ketiga-tiga sahabatnya itu, sakit hatinya. Peristiwa tadi benar-benar menyakiti hatinya. Trip yang seharusnya berakhir dengan tawa riang kini baru sahaja bermula sudah dihiasi dengan tangisan dan esakan. Zed sudah turut menangis, dipeluknya Atira semakin erat. Emy dan As tetap tabah, menyapu-nyapu belakang Atira tanda sayang seoarang sahabat tidak berbelah bagi.



“Aku dah terus terang dengan dia”, lembut Atira bicara. As menyapu air mata Atira.



“Takpa tir,. Itu yang terbaik, kami sokong apa juga kau buat.”, As mulai sebak melihat derita rindu temannya yang cukup disayanginya. Di balik kebahagiannny , rupanya Atira esak, lelah dalam kesedihan. Rasa bersalah menerpa dirinya.



“Tir, kau pulang, relakskan diri, jangan fikir sangat, lama-lama okay la itu, pasal Wan jangan risau kami urus nanti”, Emy sebagai penggerak utama Wanyra fc member usul. Tira sekadar mengganguk. Tudung sudah basah dek airmata. Zed memandang langit, memandang Atira sejurus kemudian. Aku tak percaya cinta ! Tidak pernah akan !

 

***************************************************************



Mutiara air terus jatuh berderai perlahan di dalam ayunan syahdu. Hujan renyai terus menurun merelakan dirinya mencurah jatuh Atira duduk disebelah Firas dengan wajah yang sayu sesugul perasaan langit. Tiba-tiba ingatannnya teringat pada kata-kata novel Ramlee Awang Mursyid, dalam novel trilogy BaGAIKAN PUTERI, “Andai dapat ku capai awan, maka saktilah hamba”. Hurm, andai dapat Atira mencapai awan sekarang, akan dia capai, akan dia padamkan kisah pahit mengguris hati yang terjadi tadi.



Bukan serik untuk bercinta namun cuba menjadi setia, setia pada cinta yang hakiki, cinta yang duduk tersenyum disebelahku. Hati Atira resah dilanda kerumitan. Kisah dia dan Pereman cinta akan di abadikan kekal di dalam hatinya, tiada tara. Mungkin itu terakhir kali mereka bakal ketemu. Mungkin.



Mata meliar memandang sekeliling, pandangannya terhenti di liang mata Firas. Suami nya tekun dengan panduan, tanpa suara. Senyuman terukit di bibirnya.



“senyum-senyum”, usikan Firas membuatkan Atira terhenti dari lamunan.



Senyuman Atira semakin panjang, dia meraih sejuta ketabahan menerima Firas dalam hidupnya. Walau luka di hati masih berbekas. Wan , maafkan aku, aku mahu kau bahagia. Kita belajar bahagia bersama-sama. Aku aku. Kau kau.
 
Jangan pernah berjanji untuk saling setia , tapi berjanjilah untuk tidak
menyakiti . jangan pernah berjanji untuk tidak meninggalkannya , tapi
berjanjilah untuk tidak mencampakkannya . & jangan pernah berjanji
sehidup-semati , tapi berjanjilah untuk saling memiliki. Firas, dapatkah kau membahagiakan aku seperti mana Wan pernah menceriakan malam-malam ku ? Huu~

****************************************************

“Aku dah cakap kan mie, dont trust boy, dorang degil. Pastu nangis2. Ish3.”, Nassyira memulakan bicara. Dengan lagak tangan di pinggang, dia berlagak tidak ubah seperti seorang guru mengajar anak muridnya. Panjang lebar ceramahnya kepada Emy dan Zed.



“iya la bha konon asyir. Ko ni banyak jak cakap namun~ kau pun sama kan, wi”, Emy mencampakkan kembali tomahan itu ke Nassyira. Terpinga-pinga Nassyira dibuatnya.



“Hallo~ girls. Dengar sini, today, nowadays, kan kan, kita nak tolong Atira setia ngan Firas , Wan lupakan Atira dan kalu boleh cari orang lain bukan kita yang maw bertekak”, Zed menokok tambah garam Nassyira.

“Uiks. Tu dah lain tu. Series, walaupun Firas tu sweet..”, Zed dan Nassyira serentak tersedak. Milo suam-suam kuku hampir terluah dari bibir masing-masing. Emy tergelak gembira, gembira dapat mengusik rakan-rakannya.
“Yakan betul tu, sweet kan dia...”, Nassyira menyaport kata-kata Emy.

“Shh. Dengar ! haha. Walaupun Firas tu SUUWIIT namun~ Aku tetap pilih Wan. Wan romeo , gentle. Dia setia tunggu tyra walau tau tyra dah kawin, dia tetap tunggu dalam diam. Aku yakin cinta dia tulus. Wah~ haha. Tapi kan, susah juga kan, takkan kita nak pisahkan Firas and tira. Tak sanggup aku rosakkan rumah tangga orang lain.”, panjang lebar penjelasan Emy menutup lohong-lohong peluang untuk Nassyira dan Zed berbicara.
“Hurm. Betul jua tu. Bayangkanlah wawan tunggu atir dah lama dah. Tuptup kawin plak atir ma Firas. Kalau aku, meraung aku hari-hari.”, laju dan semakin rancak Zed menutur kata.



“Takpa2. Aku yakin dorang buli tu.”
“buli apa ?”, Zed bertanya kepada Emy.
“Buli bla.. hahha”, Nassyira menyambung tawa.
Akhirnya perbualan sedih bertukar ceria. Setiap tawa riang berorak bersama segunung harapan agar Romeo mereka juga begitu. Berhenti bersedih pandang ke depan bersama cinta yang sama, hati yang sama, namun ketabahan yang padu. Itu harapan mereka !



Tudung dipakainya dibiar terbang dikibar sang bayu. Tanah terus digembur, tangan comel miliknya kotor dek tanah hitam. Dia menggaru-garu jari manisnya. Jelas , terang cincin di jari manisnya. Dia menjadi lebih tabah sekarang. Ramadhan mengajarnya untuk lebih tabah, mengawal segala nafsu dajjal membaham diri. Dia redha, senyuman menjadi peneman, iman menjadi bekalan.


 
“Sayang, kalau nak gembur tanah bukan macam tu, macam ni”, tangan Firas bersentuh dengan Atira. Degupan jantung Atira rancak menari lagu Jahat dari Stacy tidakpun lagu BOYS BOYS BOYS dari Lady gaga. Atira sempat memarahi degupan agar tenang, tenang, tenang. Jari Firas tepat memenuhi ruang-ruang celahan jari Atira. Hangat jelas terasa. Tanah digembur bersama koreografi Firas sendiri. Dada Firas semakin dekat dengan Atira. Gabra !

“Ouhh. Macam ni, takpa2, tira buat sendiri”, lekas sahaja Atira mengelak dari Firas lebih dekat dengannya. Maaf Firas, aku belum bersedia untuk semua itu. Belum!
Firas memandang Atira tajam, ada keikhlasan, ada sayunya. ‘Atira..kenapa begini sayang? Aku akan sabar mengejar kau.’, gerutunya sendirian. Dahi berkerut. Cintanya membuak-buak. Ternyata Atira Berjaya meruntuhkan segenap jiwanya. Kini dia sedar, dia sudah jatuh cinta. Satu titik kepastian tiada tara. Yakin seyakin-yakinnya.


Gemburan semakin perlahan. Atira semakin sayu. Terasa dirinya begitu berdosa, berdosa membelakangi suaminya. Suaminya yang sedia mencintainya apa adanya. Dalam sendu, bunga mawar dihadapannya, menggangguk sambil berkata, ‘Tira, relakan dia’, Atira memandang pokok mawar itu sayu. Rasa bersalah menyelubungi diri.

Hangat ! Badan Atira hangat ! Pelukan Firas dari belakang menghangatkan tubuhnya. Atira tergamam, tidak akan sekali lagi dia melawan, menjadi pengkhianat suaminya sendiri. Jahat! Atira merelakannya , rela dalam suka atau rela dalam paksaan ? Dia sendiri bingung. Dibiarkan pelukan Firas menghangatkannya tanpa sebab. Cangkul comel dibiarkan jatuh.
“Tira, walau Tira jauh, jauh sangat, saya akan selalu kejar tira. Walau berjuta pedang menghunus, takkan saya biarkan Tiraku sayang terguris. Tira, izinkan saya pulihkan semula hati yang parah itu. Izinkan saya biuskan Tira dengan cinta saya. Boleh Tira ?”, bisikan Firas menggugurkan naluri wanitanya. Kata-kata Firas persis mutiara kata Sang Pereman Cinta! Tidak mungkin mereka sama . Namun, Terlalu suci baginya kata-kata Firas. Kata-kata seorang suami buat isterinya. Mereka tidak bersalah. Mereka tersepit dalam keadaan. Keadaan yang membuatkan mereka redha dan belajar mencintai dan dicintai . Bercinta selepas berkhawin. Air mata Atira mengalir, lidahnya gagal menutur bahasa cinta dihadapan Firas. Satu jawapan ringkas keluar di mulut Atira, “Ya” . Untuk menyatakan cinta dia kurang arif, tapi andai dihadapannya itu adalah Wan ? Adakah Ucapan it uterus terucap tanpa silunya. Atira mengira hari, menghitung masa, menunggu jawapan tanpa soalan.


“Tira..”, Firas memaling tubuh Atira depan . Mata mereka bertaut, air mata Atira disapu mesra oleh Firas.
“Kita tak kenal siapa kita. WaN mungkin lebih mengenali tira, tapi satu saya minta , beri satu peluang untuk saya buktikan saya lebih baik dari Wan . Saya cuba.”, kerumitan semakin memanjang. Kenapa Wan masuk ke dalam dialog kasih antara dua sejoli ini. Dari mana ia datang? Kau ingin lebih baik dari Wan? Mimpi! Aku selalu cinta dia. Mata Atira semakin berani memandang Firas tanpa lelah. Dia mulai mengerti cinta tulus suci seorang lelaki bernama SUAMI .
“Saya janji tira, saya akan bertarung dengan awak nur atira, saya akan kejar cinta awak, BIAR RAMADHAN kali ini jadi saksi. Hari pertama ini saksi ini aku sayang kamu”, kali kedua Atira mendapat pelukan suaminya di taman cinta mereka. Awal yang tadinya terik, kini ,kian redup. Seredup perasaan Atira di dalam pelukan syahdu kasih sayang yang halal.

 

*******************************************************************************



Wajah itu ku kenali. Kini ia datang kembali. Rambut ikal mayang, hitam pekat, bibir kemerahan, tinggi lampai . Dia di hadapanku . Aku berpura-pura buta, tidak mahu melayan gadis yang pernah menjadi bahan makianku. Alunan muzikku semakin syahdu. Aku hanyut dalam petikan gitarku sendiri. Aku perasan, gadis ini khusyuk memandangku. Ada apa dengan aku ? Argh.