♥ sila - sila ♥

^^ SELAMAT DATANG ^^

untuk mengabadikan kenangan ini , blog wanyrah FC kembali dibuka ^^ , kepada pembaca baru , start baca dr PART SATU okay ! tgk sidebar utk buka LINK PART SATU , enjoy .

Friday, September 3, 2010

politik cinta wanyrah part 4




“Aduh! Sorry. Arggh. Meh saya tolong bersihkan”, Aku menolak tangannya lembut.

“takpe, takpe. Maaf, saya kena pergi”, aku meminta izin dengan lembut walau kaki ini masih terasa pedih hasil pijakan heels maut wanita berambut hitam pekat di hadapanku ini.
Aku meneruskan perjalanan tanpa menoleh .

“cik, cik, sabar cik ! maafkan saya. Saya tak sengaja tadi. “, gadis itu terus mencoba menarik perhatianku. Aku tidak lekas menoleh.
“Takpe . Awak tak salah.”, jawabku ringkas . Aik? Kenapa wajahnya begitu rutin di penglihatan ! Mungkinkah dia? Arghh.

“Awak, ni number phone saya , kalau awak nak saya gantikan barang awak yang koyak tu, kol je saya k!”. Koyak ? Apa yang koyak? Arghh. Surat yang pernah kuberikan kepada Atirah ! Ku raba-raba surat itu, ternyata ia koyak dipijak gadis ini ! Arghh ! Aku memutuskan untuk pulang, keinginanku untuk terus ke Eton’s aku batalkan dahulu.

“dia mungkin bengis seperti singa ,
Tapi dia nangis tonton cerita korea
Dia mungkin keras bila bersuara
Tapi dia jelas jujur apa adanya
Aku lebih kenal dea :D
Tyra x bengis lah !”

Arghh.. surat yang aku jaga selama bertahun-tahun ni hancur koyak pasal perempuan ituuu !! arghh. Aku memandang nombor telefon yang dia berikan ! Arghh. Ku lempar jauh ! Benci ! Kau nak ganti paper ni ? Kau ingat surat ni rendah sangat ka nilainya ? Biar disusun sejuta juta wang emas tidak mampu menganti kenangan yang jelas terukir indah antara aku dan kertas ini. Kertas bukti kemanisan kasih sayang antara aku dan dia.

"bAhagia dgn kertas itu,
menindas dgn kertas itu,

gila dgn kertas itu,
segalanya dgn kertas itu,
pernah ka dia mengenal bahagia
tanpa kertas itu"
******************************************************
“ala farid, jum la farid. Ko ni, kita dah rancang pun hari tu. Ko cakap ok jak pun”, Emy ligat memujuk Farid untuk mengikuti trip ke Kota Belud itu.

“bukan tak nak, tapi macam segan pulak aku kalau dorang Is dan Wan tak ikut”.

“siapa cakap wan dan is tak ikut ? haha . Dorang ikut lah Farid”

“eh ! yaka ? kompom ?”

“ya la.ko ni! Si is on the way sudah ke rumah aku ni. Ko cepatlah packing. Aduhh. Si wan pun on the way. Wanyrah fc yang lain dah ready ni di rumah aku”

“Atirah ikut?”

“Tak kot, ntah ! tak tahu sebenarnya. Dia tak komfom lagi la. Kan dia tu dah jadi isteri orang. Ko ni~”

“oh yakan. Oh, takpalah aku packing luk, kamu tunggu aku arh”

“okay! Cepat ! Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam”, Farid mematikan talian. Emy terus mendapatkan Zed dibiliknya.
“Macam mana mi? Si farid ikut ?”, soal Zed sambil tergelak manja.

“ikut ! haha”, jawab Emy ringkas.

“Atirah?”, soal As pendek.

Tanpa membuang masa, Emy menekan punat-punat telefon bimbitnya mencari nombor telefon Atirah.
“Assalamualaikum tyrrr !!”

“Waalaikumsalam emmmmiiiiiiii”, Atirah turut menaikkan suaranya , masih sama seperti dulu kala lagak suaranya.

“HEHE. Tyra, kau ikut kami ka tyr ?”

“Tak tahu pula ni mi. Aku belum Tanya si Firas lagi ni”

“Apesal pulak ? Aishh. Mana dia, biar aku cakap ngan dia!”

“uis. Janganlah! Aku dah packing dah tapi belum bagitahu dia!”

“ya ampun tyra! Bagitahu la, ko bukannya nak keluar dengan siapa pun dengan kami-kami jua kan ?”

“okay okay. Aku Tanya sekarang okay ? Nanti aku kol ko balik k mi?”

“orait!”, emi mematikan talian sekali lagi dengan harapan Atirah akan ikut bersama mereka.

Di suatu sudut, Atira memandang wajah kacak milik suaminya. Sayang, kau bukan dihatiku Firas ! Atira berdehem-dehem di hadapan Firas meminta perhatian. Firas menoleh kearah Atirah. Dia tersenyum menerima kehadiran Atirah. Atirah hanya tersenyum.
“hurm. Hari ni tira ada trip ke KB ngan kawan-kawan lain”, Atirah duduk di sebelah Firas .

“jadi, tira tak ikut?”, Firas mendekatkan dirinya dengan Atirah dengan matanya masih jujur memandang Atirah. Atirah memberanikan diri bertanya walau jelas dia masih gabra duduk di sebelah Firas. Semenjak mereka berkahwin, tidak pernah Firas duduk disebelah Atirah sedekat begini.

“Tira nak ikut tapi”, belum sempat Atira menghabiskan kata-katanya, Firas memegang tangan Atirah.

“Tira kalau nak ikut, ikut ja okey?”, Atirah tersenyum sambil mencium tangan Firas.

“Terima kasih”, jawab Atirah ringkas.

Akhirnya, Atirah jadi mengikut trip ke Kota Belud itu dengan syarat Firas yang akan menghantar Atirah ke rumah Emi. Sesudah sampai ke rumah Emi. Jelas tersusun wajah Wanyrah FC yang lain termasuk Wan ! Atirah mula gelisah namun dia bijak mengawal keadaan.
Zed dan As berlari mendapatkan Atirah.
“ATIRRRR ! i miss u so much”, Zed memulakan bicara.

“me too. Hehe. Err. Perkenalkan ni husband aku, Firas”, Atirah memperkenalkan Firas kepada rakan-rakannya. Mereka bersalaman bersilih ganti. Tiba giliran Wan, ada sesuatu yang lain tiba di hati Firas. Renungan mata Wan terhadap Atirah terlalu lain. Firas memandang Atirah dan membisikkan sesuatu ke telinga Atirah sebelum berlalu.

“saya percayakan Tira” , kata-kata ringkas itu seolah membunuh Atirah. Atirah mengangguk.
Emi dari jauh tersenyum. ‘Akhirnya Atirah muncul juga :D Yang penting rindu si Wan terubat juga.’

Perjalanan ke satu kawasan pedalaman Kota Belud mengambil masa yang cukup lama untuk mereka terus menahan mata dari terlelap. Kelihatan wajah-wajah Wanyrah fc lelah dalam buaian mimpi masing-masing. Farid masih tekun dengan panduannya, dahinya kelihatan berkerut sedikit . Di suatu sudut, Is masih termenung. Termenung jauh . Hatinya terus di landa gundah, resah . Kasih lama hendak di sunting kembali . Teddy bear di bonet masih kemas duduk tanpa diketahui untuk siapakah Teddy bear itu, Wanyrah FC masih tertanya-tanya. Is sekadar tersenyum menjawab setiap persoalan .

************************************************

Ombak menyisir laut, dari jauh gelombang biru itu beralun-alun menyinggah pantai. Di langit biru, awan tampak melengkung-lengkung kecil membentuk rendah putih yang cukup indah. Biru langit dan biru laut bersatu dalam saksi cinta yang tidak pernah dimungkiri selagi bumi berputar pada paksinya.
Aku terus duduk termenung, baginya kini, menungan itu lebih banyak jika dibandingkan dengan senyuman. Senyuman ? Andai sahaja senyuman itu mampu di ukir , akan ku ukirkan, tapi benar kata mereka, aku harus tabah, dan kembali . Perlahan-lahan akan ku padamkan kau dari hatiku KECIK. Cinta kita terlalu tulus untuk di khianati, biarkan aku padam kan nama mu dari hatiku, namun tidak sekali cinta ini ku biarkan pergi. Aku bukan mahu menjadi penyelamat cinta tidak juga mampu mengubur cinta yang bersemi. Ya Allah, teguhkan aku Ya Allah. Langit seolah tersenyum memandangku member sejuta harapan kepadaku untuk tabah.
“wan. Assalamualaikum”. Jantungku terus berdetak kencang, nafas seolah tersekat. Aku semakin terasa blood vessel ku mengecut. Adakah itu suara si KECIK ?

“wan ? are you okay”

“waalaikumsalam, hee. Okay lar tyra. Hurm. Duduk la”

“hee. Thanks wan. So, macam hidup sekarang? Lama tak dengar cerita ?”

“hidup? Macam ni lar tyra, penuh debu-debu”.
Si kecik tersenyum ! Iya ! Dia tersenyum padaku ! Haha. Aku gembira, bunga-bunga cinta yang ingin ku lupakan seolah berputik kembali. Arggh. Mungkin inikah yang dinamakan cinta? Hati gembira terasa bila kau tersenyum padaku, kecik!

“haaa. Debu? Debu apa tu wan?”

“hurm. Debu-debu cinta, orang selalu kata cinta itu bunga yang tumbuh mekar di hati kita, tapi untuk saya. Cinta itu biar jadi debu dari ia terus layu”,

“mungkin kan. Mungkin kan wan, bunga tu tak layu, tak juga jadi debu. Tapi mungkin kau tak tahu nak bukak pintu taman itu, mungkin?”

“haaha. Ada taman ke? Ouhh. Tpi saya yakin tyra, saya dah jumpa pintu itu, saya dah jumpa kuncinya, tapi ia diragut dari saya di saat-saat akhir”

“kunci itu tak pernah diragut wan”, bisik Atira perlahan namun jelas kedengaran di teling Wan. Kehangatan jelas terasa.
“Andai kunci itu tak pernah diragut, izinkan aku membukanya tira?”

“kunci itu tidak pernah diragut, tapi pintunya sudah bertukar kunci. Wan, dalam hidup ni kita menunggu bermacam-macam perkara. Banyak perkara wan, namun siapa saja yang dapat perkara yang di ingini itu ? Tak semua wan. Dalam dunia ni, keikhlasan bukan perkara utama. Manusia sentiasa dikaburi hijab sang dunia yang sentiasa menghasut. Kita berpegang pada takdir, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Yakin pada takdir tuhan, andai cinta itu benar-benar lahir ikhlas dengan izinNya, insyaAllah bersemi. Kita akan selalu menjadi orang yang berserah pada takdir”
Aduhh. Kata-kata si Kecik membunuhku ! Aku kalah bermadah-madah bersama dia. Hati ini terasa kerdil, diri terasa kosong. Sang cinta terus mengajar aku menutur lagi kata-kata.

“Aku rela menjadi penunggu , kalu aku terpaksa menjadi pereman cinta, aku sanggup tira. Biar aku kalah , asal aku dapat apa yang aku idamkan. Aku tidak mahu menjadi sang mantan”

“kau penuh semangat , teruskan. Aku doakan kebahgiaan kau”, aku terpempan. Air mataku seolah bergenang. Aku memandang langit yang tadinya tersenyum. Argh. Sekarang ia seolah semakin gelap, malap tanpa cahaya .

“aku bukan penuh semangat, tapi”

“tapi?”

“aku penuh cinta, selamat petang cinta.”

Aku terus berlalu tanpa menoleh. Aku mengaku aku kalah. Aku terlalu rapuh untuk apa yang dinamakan CINTA. Andai pernah dahulu, aku menyatakan aku ini TEGAR. Namun, hari ini, detik ini, aku yakin aku sudah lemau. Airmataku sahaja seolah mentertawakan aku. Dia hampir sahaja jatuh. Jatuh jauh di depanmu. Tapi KECIK, aku pegang kata kau ! Akan ku ikhlaskan diri ini, akan ku ikhlaskan cinta ini, akan ku semai dengan iman yang kukuh . Aku yakin dengan takdir Tuhan. Tuhan yang menemukan kita, dan aku redha andai Tuhan akan memisahkan kita. Aku rela KECIK.

Aku terus mengambil secebis kertas, jauh dari si KECIK. Mataku menerawang memandang Wanyrah FC yang sibuk memasang khemah, tertawa riang bak burung berkicauan. Aku ? aku malah terus menggila bersama buaian perasaan tanpa henti. Tanganku ligat menulis..
“Gadisku kecik,

Andai aku terpaksa menjadi PETANI..aku sanggup.
Andai aku terpaksa menjadi TUKANG KEBUN..aku sanggup.
Andai aku terpaksa menjadi TUKANG SAPU..aku sanggup.
Andai aku terpaksa menjadi PENYIRAM BUNGA ..aku sanggup.
Asalkan..

Aku dapat menuai cinta kita agar tumbuh mekar..
Aku dapat menyemai benih benih cintaku di taman hatimu..
Aku dapat menyapu semua debu-debu di hati ku ini lagi akan ku kumpulkan kembali menjadi gumpalan cinta yang kukuh..
Aku dapat menyiram cinta yang tumbuh mekar itu agar tidak pernah dan tidak akan layu .
Aku sanggup , kecik. Aku sanggup.
By, pereman cinta.
Jangan pernah mempolitikkan cinta!”
Kertas itu ku lontar jauh! Jauh! Biar hutan sahaja memahami maksudku , niat suciku. Aku mahu tabah dan terus tabah .

****************************************

“Aishhhhhh. Punyalah biadap ni orang waa, maw umbam barang pun agak-agaklah jo ! Ni time time orang”, terbantut kata-kata Farid di situ. Farid memungut kertas di tanah yang sudah basah .
“kertas apa ni?"
“huh ? by pereman cinta”
Farid meneruskan langkahnya, melajukan hayunan kakinya. Dia melambai-lambai tangan kearah Zed dan Emy. Muka zed mulai berkerut, Emy tercengang.
“Napa kunun ko farid ?”, Zed memulakan bicara.
“Uish. Gilak ni jo. Baca-baca. Hasil karya pereman cinta. DOnt You guys thinking what im thinking ?”. Emy tersenyum nakal, mata terus bertentang dengan Zed. Fikiran mereka mulai menggila! Masing-masing tersenyum tidak ubah seperti kambing ! Haha .

“aku dulu baca wuiii”, Zed cuba menarik kertas itu dari Farid.
“Woi. Woi. Woi . Bawa-bawa bertenang , kenapa kamu ni. Nah, cus dulu kita, baru la adil”, Emy mematah-matahkan jarinya tanda bersedia menyahut cabaran Farid. Zed tidak mahu kalah, dia terut memicit-micit lehernya. Farid sekadar menggeleng kan kepala tanda bingung melihat kelakuan dua sahabat baik itu.
Satu ! dua ! tiga !
“yeahhhhhhh ! aku baca tuk kamu!”, Emy tertawa gembira. Lagaknya masih sama seperti enam tahun dahulu. Zarinah memuncungkan mulutnya ke depan tanda tidak puas hati.

“okay, fine. Cepatlah emi. Baca !”, Farid menyarankan.
Kelopak mata emi dibesarkan. Hatinya berdebar membuka naskah cinta sakti milik si pereman cinta ? Siapakah dia ? Lidah ligat menyusun kata.
“Gadisku kecik,
Andai aku terpaksa menjadi PETANI..aku sanggup.
Andai aku terpaksa menjadi TUKANG KEBUN..aku sanggup.
Andai aku terpaksa menjadi TUKANG SAPU..aku sanggup.
Andai aku terpaksa menjadi PENYIRAM BUNGA ..aku sanggup.
Asalkan..
Aku dapat menuai cinta kita agar tumbuh mekar..
Aku dapat menyemai benih benih cintaku di taman hatimu..
Aku dapat menyapu semua debu-debu di hati ku ini lagi akan ku kumpulkan kembali menjadi gumpalan cinta yang kukuh..
Aku dapat menyiram cinta yang tumbuh mekar itu agar tidak pernah dan tidak akan layu .
Aku sanggup , kecik. Aku sanggup.
by, pereman cinta.
Jangan pernah mempolitikkan cinta!”

Mata bertentang mata. Mata saling berkata-kata. Lidah seolah kelu. Sedikit air mata bergenang tanda ia terasa di jiwa. Mereka faham bagaimana laranya hati seorang insan sehingga sanggup menjadi pereman? Pereman cinta ? Suara menjadi mati. Tiada bunyi kedengaran. Hanya kicauan burung menyemarakkan perasaan masing-masing. Perasaan yang tadinya gembira berubah simpati. Sebenarnya apa yang terjadi antara Gadis Kecik dan Pereman Cinta tadi? Kenapa harus begini jalan ceritanya ? Semua terus tertanya-tanya. Diam tanpa jawapan tatkala awan semakin rela melabuhkan tirainya .

Di sudut yang lain, kelihatan dua sejoli gembira melebarkan sayap ruyupnya dalam alunan syahdu. Ombak-ombak cinta melambung-lambung perasaan dan jiwa si sejoli.
“As, happy birthday ~!”

“ouhh. Thanks is. Is, hidupkan lah api tu, sejuk ni malam-malam”

“As..”, pandangan Is tepat ke mata As.

“ya? Kenapa?”

“macam na kisah kita?”

“kisah apa ni Is? Is dah wish happy birthday dah kira ok lar tu, apa lg, hadiah ? x payah lar is. Macam x biasa”.

“As..”

“Is..”

“ Kata lepas SPM, ni dah nak abiz degree dah”

“Kalau wan sudi jadi penunggu setia kenapa tidak Is?”

“Mungkin Is kalah dengan wan. Atau maybe is kalah dengan As?”

“Mungkin juga, tapi kita tahu kan, apa kita rasa. Is, takkan pernah padam perasaan ini is”, Is tersenyum, penuh makna, rasa bahagia di hati usah digambar . Usah di katakan. Terlalu jahil bagi kita mentafsir perasaan cinta yang suci.

Jauh di sudut hati As, dia tetap rasa bersalah. Sebelum kedatangan Is sempat saja hatinya hampir berpaling kepada..teman rapat Is. Aisshh. ‘aku buntuh waktu tu, aku ingat dia tak ingat aku lagi, is, is. Terima kasih!’, gerutunya sendiri.
Matanya bersinar-sinar memandang Miss Teddy bahagia terduduk di riba As. Miss Teddy setia menjadi saksi bahagia insan ini, bahagia tidak terhingga. Memang benar kata orang, “lebih baik kita berteman , rasanya seperti cinta, dari kita bercinta, rasanya tak ubah seperti berperang”. Cinta bukan di semai dengan hawa nafsu namun cinta tulus suci, bagi orang yang mempercayai cinta ! Tidak semua orang percaya cinta itu wujud ! Tidak semua !

4 comments:

  1. ahahahahaha~
    siyes!!!!
    i like dis part..
    c fariddd...
    ahahahaahha~
    apa dya bwat tyme tu miey???
    krtas basah pun kamu baca jgak ni...
    eeeeee...
    ahahahaha~

    ReplyDelete
  2. hahhahahhahhahaha.
    aku maw tulis dea birak, nti dia marah.
    jadi aku buat jax gitue.
    kamu imagine la sendiri.
    wakaka

    ReplyDelete
  3. hahahha , baru terbaca yaw ! hahah .
    kpd smua pengkomen , pliz put ur name kay ! admin smua sama ne. hehe :)

    teddy tu ? agak besar la. haha

    ReplyDelete